Nuffnang Ads

Wednesday, November 26, 2014

Dubai Oh Dubai Part 1

AssalamualaikumLamanyer tak update blog......kesibukan menjadi faktor penghalang...chewahhhhh......geli lak bila baca...hahahah..oh ya...alhamdulillah dibukakan pintu rezeki utuk aku tahun ni.... diberi kesempatan oleh allah melalui arahan boss utk pergi lawatan kerja teknikal di Dubai. Negara yg aku memang nak pi selamma ini.  Tarikh lawatan adalah pada  26/10 hingga 30/10/2014 iaitu 5 hari 4 malam.Hari Pertama : 26/10/2014
  • Perjalanan bermula seawal jam 4.00 pagi di mana para peserta lawatan berkumpul di Menara Tabung Haji, Johor Bahru untuk menaiki bas menuju ke Lapangan Terbang Changi, Singapura.  Hj Tajuddin dan Hj Firdaus merupakan wakil pegawai daripada Tabung Haji Travels & Tours yang akan menguruskan segala keperluan kami di sana.
  • Tepat jam 10.45 pagi kami berlepas dari Lapangan Terbang Changi ke Dubai di mana tempoh penerbangan mengambil masa selama 8 jam. Lebih kurang dalam jam 2.00 petang (UAE standard time (UTC+4)  kami selamat sampai di Lapangan Terbang Dubai, UAE.




  • Kedatangan kami disambut oleh agen pelancongan di sana iaitu En Anil Kumar.   Kami terus di bawa ke Restoren Karachi Darbar iaitu sebuah restoren yang menghidangkan masakan tempatan.






  • Selesai menikmati makanan tempatan disana, kami di bawa terus ke hotel penginapan iaitu Hotel Ramada Deira yang terletak di Jalan Salahudin Deira berhadapan dengan Reef Mall dan Stesen Metro Salahuddin
  • Selesai solat, kami di bawa mengelilingi kawasan Bandar Dubai.  Dubai merupakan sebuah bandar yang mempunyai keluasan 4,114km2 dan  bilangan penduduknya adalah seramai 2.2 juta orang dimana hanya 10% merupakan penduduk tempatan (orang arab) dan 90% merupakan warga asing.  Menurut pemandu pelancong,  kebanyakan warga asing  adalah terdiri daripada warga Bangladesh, Pakistan, Filipina dan India. Jadual di bawah menunjukkan perbandingan kepadatan penduduk dubai, Kuala Lumpur dan Johor Bahru. 
  • Jadual menunjukkan kepadatan penduduk di Kuala Lumpur adalah lebih tinggi dengan 27 orang/ekar berbanding dengan Dubai iaitu 2.07 orang/ekar.
  • Sepintas lalu mengenai pembangunan di Bandar Dubai. Bandar Dubai boleh dibahagikan kepada 2 (dua) bahagian iaitu Bandar Dubai Lama dan Bandar Dubai Baru. Bangunan-bangunan pencakar langit seperti Burj Khalifah, Emirates Tower, Chelse Tower, City Premier Hotel & Apartments menghiasi kawasan bandar baru manakala bandar lama adalah seperti bandar-bandar lain dengan purata ketinggian bangunan adalah 4 (empat) tingkat
  • Konsep pembangunan di Pusat Bandar Dubai mengamalkan konsep ‘Transit Oriented Development’ (TOD).  Setiap pembangunan pangsapuri perkhidmatan, hotel dan premis perniagaan dihubungkan dengan jaringan pengangkutan awam yang terdiri daripada METRO, tram dan bas henti-henti. Mod pengangkutan awam yang cekap dan efisien ini disokong oleh landasan dan substesen METRO, perhentian bas dan laluan pejalan kaki yang berhawa dingin



  •  Selain itu juga, kami turut di bawa ke kawasan persisiran pantai iaitu di Jumeriah Beach     ( tarikan utama Burj Al Arab)  untuk menikmati suasana matahari terbenam. Walaupun terdapat beberapa projek penambakan yang sedang berjalan, kawasan pantai masih  boleh dinikmati oleh orang awam
  • Terdapat sebuah bangunan perniagaan moden yang berasaskan rekabentuk pasar kuno dengan gaya tradisional dari timur tengah iaitu  Souq Madinat Jumeriah. Rekabentuk dalaman winding streets dan konsep penjualan melalui kereta sorong @ barrows memberikan keunikan membeli belah  kepada pengunjung. 
  •  Seterusnya, kami di bawa makan malam di Dhow Dinner Cruise. Menikmati makan malam di atas bot menyusuri Dubai Creek sambil dihidangkan alunan muzik serta Tarian Tanura memberikan pengalaman baru kepada kami.  Di sepanjang menyusuri Dubai Creek ini, keindahan cahaya dan lampu-lampu yang berkelipan menghiasi bangunan dan kawasan antaranya bandar lama , rumah Sheikh Saeed , tempat kelahiran Sheikh Saeed , kampung Warisan , kelab golf , taman dan juga bangunan pencakar langit.  






  • Setelah menikmati makan malam, kami semua di hantar balik ke hotel. Aktiviti bersambung pada keesokan harinya. 
S       Sambung Part 2 lak ya

No comments: