Saturday, December 13, 2014

Giveaway...bersiap ke sekolah bersama Ian & Iris!!!

Assalamualaikum

Sekarang ni kat SK Danish dah start buat jualan buku sekolah.. bilalah aku berkesempatan nak shopping barang2 dia...mana nak cari alat tulis..nak cari pembalut buku lagi..nak cari sticker lagi...eh mcm ada terbaca satu blog ni buat give away pasal sticker ni...senang ada sticker ni tampal aje kat emua barang sekolah dia..almaklum boboi aku ni memang suka letak barang kat mana2...hahahha

ok meh kita cakap pasal giveway ni yek... mummyayu ngan murah hatinya nak bagi sticker yang ofcoz memudahkan aku nanti..hahah tu pun kalo dapat lah......senanga je nak join giveway ni...

1. buat satu entry pasal giveaway ni ..letak pic budak bertuah 2 orang ni
and..dalam entry tu mention...
nak sticker ni untuk siapa ... kalau anak, darjah berapa
and..nak cartoon apa?
(kalau cartoon yg direquest tu takde..
Mummy Ayu akan ganti ngan cartoon yg bersesuaian..yer)
and..
2. tinggalkan link entry tu..kat ruangan komen entry ni

tu jer
:-)
terbuka pada sapa2 yg nak join..
follower ...sangat dialu2kan
yang tak follow pun..leh join
no problem punya

okay..jom join...Mummy Ayu nak kasi hadiah sticker
tarikh tutup giveaway ni...ahad depan
tarikh cun..14.12.14
kan?
jam 12 malam..chewah

pemenang akan Mummy Ayu pilih secara random
berapa pemenang..bergantung kepada berapa ramai yg join
kalau ramai..mungkin Mummy Ayu pilih 3 pemenang
kalau tak ramai..mungkin 1 pemenang jer
we will wait and see
:-)

okay..jom join!!!

haaa..dah cakap senang kan nak join...kalo aku sticker ni of coz lah untk bujang kesayangan aku tu...next year dah masuk darjah 2.....kejap aje kan..... cartoon yg dia minat memang taklah frozen ker hello kitty...mau di tanggalkan sticker tu....hahahhahahaha ..nama pun abang2 kan....cartoon robot lah kesukaan dia...barulah nampak mcm ganazzzzzz sikit..

oklah ada masa lagi ni boleh send entri utk giveway ni....selamatttt

Wednesday, November 26, 2014

Dubai Oh Dubai Part 1

AssalamualaikumLamanyer tak update blog......kesibukan menjadi faktor penghalang...chewahhhhh......geli lak bila baca...hahahah..oh ya...alhamdulillah dibukakan pintu rezeki utuk aku tahun ni.... diberi kesempatan oleh allah melalui arahan boss utk pergi lawatan kerja teknikal di Dubai. Negara yg aku memang nak pi selamma ini.  Tarikh lawatan adalah pada  26/10 hingga 30/10/2014 iaitu 5 hari 4 malam.Hari Pertama : 26/10/2014
  • Perjalanan bermula seawal jam 4.00 pagi di mana para peserta lawatan berkumpul di Menara Tabung Haji, Johor Bahru untuk menaiki bas menuju ke Lapangan Terbang Changi, Singapura.  Hj Tajuddin dan Hj Firdaus merupakan wakil pegawai daripada Tabung Haji Travels & Tours yang akan menguruskan segala keperluan kami di sana.
  • Tepat jam 10.45 pagi kami berlepas dari Lapangan Terbang Changi ke Dubai di mana tempoh penerbangan mengambil masa selama 8 jam. Lebih kurang dalam jam 2.00 petang (UAE standard time (UTC+4)  kami selamat sampai di Lapangan Terbang Dubai, UAE.




  • Kedatangan kami disambut oleh agen pelancongan di sana iaitu En Anil Kumar.   Kami terus di bawa ke Restoren Karachi Darbar iaitu sebuah restoren yang menghidangkan masakan tempatan.






  • Selesai menikmati makanan tempatan disana, kami di bawa terus ke hotel penginapan iaitu Hotel Ramada Deira yang terletak di Jalan Salahudin Deira berhadapan dengan Reef Mall dan Stesen Metro Salahuddin
  • Selesai solat, kami di bawa mengelilingi kawasan Bandar Dubai.  Dubai merupakan sebuah bandar yang mempunyai keluasan 4,114km2 dan  bilangan penduduknya adalah seramai 2.2 juta orang dimana hanya 10% merupakan penduduk tempatan (orang arab) dan 90% merupakan warga asing.  Menurut pemandu pelancong,  kebanyakan warga asing  adalah terdiri daripada warga Bangladesh, Pakistan, Filipina dan India. Jadual di bawah menunjukkan perbandingan kepadatan penduduk dubai, Kuala Lumpur dan Johor Bahru. 
  • Jadual menunjukkan kepadatan penduduk di Kuala Lumpur adalah lebih tinggi dengan 27 orang/ekar berbanding dengan Dubai iaitu 2.07 orang/ekar.
  • Sepintas lalu mengenai pembangunan di Bandar Dubai. Bandar Dubai boleh dibahagikan kepada 2 (dua) bahagian iaitu Bandar Dubai Lama dan Bandar Dubai Baru. Bangunan-bangunan pencakar langit seperti Burj Khalifah, Emirates Tower, Chelse Tower, City Premier Hotel & Apartments menghiasi kawasan bandar baru manakala bandar lama adalah seperti bandar-bandar lain dengan purata ketinggian bangunan adalah 4 (empat) tingkat
  • Konsep pembangunan di Pusat Bandar Dubai mengamalkan konsep ‘Transit Oriented Development’ (TOD).  Setiap pembangunan pangsapuri perkhidmatan, hotel dan premis perniagaan dihubungkan dengan jaringan pengangkutan awam yang terdiri daripada METRO, tram dan bas henti-henti. Mod pengangkutan awam yang cekap dan efisien ini disokong oleh landasan dan substesen METRO, perhentian bas dan laluan pejalan kaki yang berhawa dingin



  •  Selain itu juga, kami turut di bawa ke kawasan persisiran pantai iaitu di Jumeriah Beach     ( tarikan utama Burj Al Arab)  untuk menikmati suasana matahari terbenam. Walaupun terdapat beberapa projek penambakan yang sedang berjalan, kawasan pantai masih  boleh dinikmati oleh orang awam
  • Terdapat sebuah bangunan perniagaan moden yang berasaskan rekabentuk pasar kuno dengan gaya tradisional dari timur tengah iaitu  Souq Madinat Jumeriah. Rekabentuk dalaman winding streets dan konsep penjualan melalui kereta sorong @ barrows memberikan keunikan membeli belah  kepada pengunjung. 
  •  Seterusnya, kami di bawa makan malam di Dhow Dinner Cruise. Menikmati makan malam di atas bot menyusuri Dubai Creek sambil dihidangkan alunan muzik serta Tarian Tanura memberikan pengalaman baru kepada kami.  Di sepanjang menyusuri Dubai Creek ini, keindahan cahaya dan lampu-lampu yang berkelipan menghiasi bangunan dan kawasan antaranya bandar lama , rumah Sheikh Saeed , tempat kelahiran Sheikh Saeed , kampung Warisan , kelab golf , taman dan juga bangunan pencakar langit.  






  • Setelah menikmati makan malam, kami semua di hantar balik ke hotel. Aktiviti bersambung pada keesokan harinya. 
S       Sambung Part 2 lak ya

Sunday, September 28, 2014

Sport Day Smart Reader Taman Sri Pulai Perdana 2014

Assalamualaikum

27 Sept 2014 Tadika Sr cik ipan ada buat sport day....kali ni tema mini marathon...save Our Environment...Run For Fun....tu diaa banyak tul tema.... dah paling best ni semua ahli keluarga terlibat sama.....meriah u...ni ala2 merentas desa aa ni.... huhuhu jaman sekolah dulu bab lari2 ni memang aku malas...hahahhaa..ni lagilah dah jadi mak orang...menternak lemak aje.....tak pelah demi cik ipan ku redah aje..hahhahahaha

Pagi2 dalam kul 7.30 pagi sah start berkumpul depan SR..boleh tahan jugak ramai parents yang join..so tak der lah janggal sangat kan....sesi pendaftaran bermula...so kitaorng pakai no 1032....lepas daftar kita dgr brefing dari cikgu2 SR.... dianggarkan marathon ni 2km ok...whatt? 2km????..perhhhhhhh semputttt....nak sapai 200 meter pun leh mengah...ni kan 2km? hahhahahaha....dasar pemalas mak mu ni ipan....ok along 2km tu ada 4 checkpoint yg kita lalui....oklah nampak seronok sikit...

dalam jam 8.20 pagi , kita orang semua berkumpul utk sesi warmup..hahhhaha yg kelakonyer mak mu dah semput cik ipan oiii.....bukan aku sorang yg cakap, parents2 lain pun sama jugak.pancit....hahahhaa..oklah tepat 8.30 pagi semua org dah siap nak marathon...perhhh bersemangat seh....jadinyer berlarilah kira run for fun after wisel berbunyi......kita slow jog aje..sian kat ipan n danish terutamanyaerr...semputttttt ...kitarg tak der lah last..tapi ada lagi dalam 5 family kot blkg kitaorng.....takperlah tak der niat nak menang pun..fun dgn anak2 aje....hehe...

tibalah checkpoint 1 : 
Cikgu2 kasi plastik bag ngan flag malaysia..kena simpan n bawak sepanjang masa....kat ni dah rasa pancit ooo..adlah jalan dlm 1km rasaneyr..jauh tuu

Chekpoint kedua :
kat sini kena buat costum dari newpaper...cik ipan aa jadi mangsa....aku pun lost idea..almaklum penat sangat..danish dah start tak larat..haahahha...aku belasah aje..janji cik ipan leh pakai.......surat kabo  wajib masuk dalam plastik ya...kata save our environment..maka berjalanlah cik ipan dengan costum nyerrr..hahaha dah naik rabak dik oii..almaklum kena pakai sampai check point ke 3

Checkpoint 3 :
masa ni dah naik rabak costum cik ipan...sempatlah aku otter costum dia...konon nak buat ala2 patterpan..menjadilah jugak..siap tali pinggang ngan topi lagi..ensemlah cik ipan..kat sini kitaorng berphoto shoot..kalo memang dapat barang elektrik ooo..aku dah bayang peti sejuk,,,hahahhaaha.....lepas sesi bergamabr ooo kat sini jugak depa kasi mineral sorang satu. bekas air mineral wajib masuk dalam plastik ya

Checkpoint 4:
Setelah rasayer 2 km kitaorng lari...sampailah checkpoint ke 4.....kat sini kita kena pick huruf..pilih2 dapat huruf L..so depa bagi newspaper kat kitaorng carilah huruf L sampai 20 ko...hahahhaha naik berbuntang mata makk...kat sini lah kitaorng dapat potong ramai perserta.....hampir separuh kitaorng potong..laju nak..laju...mak dah tak larat niii...dekat 10 kg mak ko dah ilang ni...danish siap nak muntah dahh..cian dia

last checkpoint 5:
waaaaa dah nak pengsan rasanyerrr..kat sini kitaorng diberi mimun susu dalam cawan..wajib simpan bekas tu sebab nak serahkan pada penganjur...kalo tak der brg yg dia nak..disqualify lerrrrrrrrr...buat penat aje lari2 ni nanti..hahahahhaha

Tiba digarisan penamat...waaahhhh ipan makin bersemangat...dansih lak tak larat...cian sangat..paksa2 dia jugak..akhirnya sampai jugak..hahahahah no 25/45....oklah nak dari tak der......hahahha......tak sangka sebenarnya boleh sampai ke garisan penamat....apapun team work tu yg best...

Zaini n sani pun dah sampai awal dari kitaorng......perhh masing2 pecut tuuu..mak ni jalan sambil telan angin..hahahahha....apapun memang fun habis aaaa..sampai acara menyampaian hadiah....alhamdulillah ipan dapat 1st piala dia...oklah runner up...di tambah 2 medal lagi.....dan yg paling x di sangka ipan menang 3rd place utk kostum terbaik..menang cerek ..haahha..pandai mak ko ni buat baju..hahahhaha....

yang paling penting anak2 happy.....senyum aje memanjang jumpa ngan kawan2 dia...happyyy....balik rumah amik ko..sampai ke hari ni semua masih sakit kaki..hahhahahahahahah





Monday, September 8, 2014

Riang Raya di Aidilfitri 2014

Assalamualaikum

Wahhhh lama nyer tak update blog ni..tgk tu baru nak upload gambo raya buat tatapan dan tanda diingatan anak cucu ku di masa akan datang..ewahhhh....

dah naik kulapok gambo ni kan....sambutan raya kali ni di kampung halaman en hubby di Kampung Manir, terengganu....meriah gitu......kuning oren dipagi raya...sempat jugak masa nasi jagung + Ayam masak Merah + rendang Daging+Acar.....gambo makan? heheheh tak yah lah...tgk muka orang ramai kenyang masa makan boleh..hehehhehehehehe..

















meriah kan? hehhehe lagi2 dikelilingi dengan nak buah dan anak2 sendiri......ok kita dah layan pic yg kat tganu..meh layan pic kat JB lak..kali ni lokasi di Rengit, Batu Pahat....tapi kali ni jgn muntah lak sebab yg bergambo semuanyer ladies2 yang dah cermin diri sendiri yaaaa...












Cari Baju Raya Both Muzzammils

 Assalamualaikum... Dah masuk hari ke-2 kita berpuasa...Alhamdulillah atas nikmat yg Allah SWT beri pada kita semua... Pada hujung minggu le...