Nuffnang Ads

Monday, April 16, 2018

KEJUJURAN DAN TANGGUNGJAWAB

Assalamualaikum

Kejujuran dan tanggungjawab adalah dua perkataan yang sangat-sangat berat pengertiannya...Sebenarnya bergantung kepada tafsiran masing2.. Kalau seseorang itu hanya tahu mengeja, menyebut tapi tak nak amik tahu apa maksud disebaliknya maka ianya hanyalah tinggal perkataan sahaja...Berbanding dengan seseorang yang boleh  menafsir , memahami dan mendalami definisi jujur dan tanggungjawab tentunya tahu bertapa berat maksudnya dalam sesebuah perhubungan.

Bila dua perkataan ini tidak wujud lagi dalam pasangan masing2 dalam erti kata PENIPUAN tak kiralah tipu besar ke tipu sikit ke tapi tetapi penipuan tetap berlaku .. maka kepercayaan yang diberi selama ini akan hilang dalam perhubungan. Bila kepercayaan itu hilang,  buatlah ada sahaja utk menunjukkan yang diri betul2 dah berubah untuk jadi yang lebih baik, semuanya akan terserah kepada takdir dan masa kerana hilangnya rasa percaya dan rasa sakit dikhaniat bukan mudah utk dihilangkan kesannya dan ingat  pasti akan ada  yang kecewa, sakit hati, marah, dan benci bila ini semua terjadi.  

Saturday, April 14, 2018

Dyson V6 Mattress Handheld Vacuum Cleaner

Assalamualaikum..

Wah tajuk hebat jah..hahahaha....of course lah sebab sehebat fungsinya.... Ooo ni bukan page berbayar..tapi ikhlas review dari aku selaku pengguna vaccum ni....Firstly nak ucap thanks lah pada kakak aku sebab bagi  vaccum ni...Dia dapat cabutan bertuah masa annual dinner company dia...dah tuahnya itu dikongsi bersama aku...hehehehe Love u lah mak long...since anak2 sedara dia ada asthma dia kata better aku yg guna...

Nak beli memang terkebil2 jugaklah sebab harga dia kat LAZADA dlm RM1,400 gitu...tapi..tapi sehebat fungsinya lahhh...aku selalu buat vacuum karpet kat rumah...memang dia sedut habuk tu dari sekecil2nya..kitanya sampai ke akar umbilah....

what's lurking in your mattress V6 mattress
ni ikhsan LAZADA
powerful suction reduces house dust allergens v6 mattress
ni ikhsan LAZADA

ha ni gambar aku punya....sorilah blur sikit....
Vacuum ni memang jimat bateri ooo..lagi satu bila ko caj dia kan automatik mati sendiri aaaa..kiranya kalo ko tinggal caj pun tak risau sangat.... lagi satu yang penting ko senang nak bawak ke sana kemari...selalukan kalo vacuum ko kena pasang kat suis kan...so susah sikit... yang ni handheld ...mudah kerja..nak vacuum dalam kereta pun o worries ngan wayar yang berselirat mirat tu..hahahhahaa


haaaa korang nampak tak yg warna grey tu...tulah habuk2 hasil aku memvacuum karpet tu..padahal kalo tgk kat mata kasar tak derlah habuk pun..tapi sekali sedut tu diaaaaa banyak habuk yg kecik2....nak buang kotoran tu pun tak susah....senang...... kiranya memang sangat2 bagus kalo ada kat setiap rumah...terutamanya yg ada anak2 semput mcm anak hakak...hehehehhehe....

So kalo sapa2 nak tgk lagi produk by DYSON  so leh klik kat SINI ..macam2 brg elektrik ada... seingat aku scha n awal guna vacuum ni..tapi yg warna purple kot....

Barang baik harus dikongsi bersama....ya tak?

p/s Kalo DYSON  ada buat annual dinner lagi harap2 mak long dapat lagi lah cabutan bertuah..boleh i tumpang sekaki....hehehehehe..DOA yang baik2




TB : BALIK KAMPUNG..ooo BALIK KAMPUNG

Assalamualaikum

Korang masih ada kampung? Alangkah bertuahnyer badan bila diri ini masih ada kampung..hehehhe..kampung korang kat mana? Aku kampung asal Kg Parit Hj Anuar Batu 17, Air Hitam Muar..... dulu2 atuk aku Ketua Kampung situ..tapi sejak kedua2 atuk aku ..atuk lanang ngan atok wedok (jawa beb) dah tak der, setiap kali balik kg aku tuju rumah Busu n Pak cik Lan aku aaaa... x jauh selang beberapa parit dari rumah atuk aku dulu...Kg Bukit Naning...tapi kadang2 aku singgah jugak pak cik aku yg kat Batu 17 tu..sebab diorang buat rumah kat sebelah rumah atuk aku dulu..ooh rumah atuk aku dah roboh ya...hehehe teringat2 bau tanah gambut...

 Dulu...masih aku sekolah rendah, kalo ayah cakap aje nak balik kampung, awal seminggu dah siap segala persiapan...hahahhahaha... balik kampung mcm heaven gitu..mcm jauh giler rasanya.. padahal dari Kota Tinggi ke Muar aje..yelah x leh nak salahkan perasaan ni jugak..dulu mana ada highway beb... jauh tau makan 5-6 jam baru sampai... tu belum +- muntah lagi dalam kereta..mabuk...hahaha bila sorang muntah automatik yg lain leh ikut muntah...... dasyat.... dulu2 mana ada kereta sendiri...nak balik kg pun ayah pakat ngan kawan dia ..pakat bayo minyak ngan upah lah kot.... aku kecik masa tu x amik port sangat... (ttiba rindu arwah ayah..kalo dia masih ada ayah pilih aje nak naik kereta apa....)..Lagi syahdu kalo nak balik rayaaaaaa....wahhh memang mcm gambo dlm kad raya aaaa..ada org rebus ketupat , kacau dodol ramai2...riuh rendah tuuuu..oiiiii kalo sekarang ni org panggil membawangggggg!!!... ooo yg lagi syok kg aku tu ada parit yang leh kubangggggg.....rindu kat atuk tu memang aaaa..tapi rindu nak berkubang tuuu..hishhh susah nak gambarkan... air parit tu warna hitam tau..eh x lah hitam gunteng...tapi ke coklat2an coz of tanah gambut aaaa...dulu bukan nak pikir ada ular ke apa ker..terus terjun tiruk dari jambatan ...kejeborrrrr

Image result for mandi parit
mcm ni lah lebih kurang terjun tiruknyaa
 Foto Kredit to : http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/2015/02/kenangan-indah-di-zaman-kanak-kanak.html

Cuma sekarang ni kalo balik kampung x der excited mcm dulu...masing2 dah ada keluarga... mcm aku sendiri hubby orang terengganu so lagi lah jauh perjalanannya..untunglah anak2 aku...dulu mak mu ni pun paling jauh muar lah..tapi diaorang rasanya 1 malaysia dah pusing..Jauh Perjalanan Luas Pengalaman..eh ye ker? ke terbalik...mana2lah

Sejak2 dah kerja ni..Muar tu pun boleh balik hari..haha ..yelah kekadang meeting sana sini kan..Melaka ngan KL tu pun balik hari nak...hahahhaha...Kalo x pun Mak ajak balik kampung bila ada kenduri kawin..dapatlah stay 2 hari kat kg.... mula lah ngada2 nak request makan itu ini..dapat pulak busu ngan cik lan yg rajin layan tekak anak sedara dia ni..hahhahaha...

Masa ni kenduri kawin siapa yaaa....



sedap bau tanah gambut..kat kebun nenas pun jadi berphootoshoot

Mak saya belah kanan...kalo pi rumah orang mesti bawak balik bunga...hahahahahha


Suka rumah kampung..bunyi papan kalo lari2..

laman nyer superbbbb!!!

kami 3 beradik..semua gegirls...

US!!

Thursday, April 12, 2018

AKU SEORANG PEGAWAI PERANCANG BANDAR

Assalamualaikum

Wah ayat!!!... hehehe selama ni mungkin korang pun tak tahu aku kerja apa ya... Biasanya kalo orang tanya 'kerja menda?'...hahahaha paling susah nak jawab..sebab biasanya jawapan tu akan disusuli dengan 'uit apa benda tu"?? hahahhahaha... diam x diam dah 15 tahun bergelar Town Planner @perancang bandar aaaa....  Kalo ada sesiapa yang teringin nak jadi town planner kenalah amik course Town And Regional Planning... UiTM ada, UTM ada, UIA ada, USM ada... hehehehe ..Tapi..tapi...course ni dikatakan antara 14 course yang pecah kepala ditawarkan kat Universiti... Ada Bran???  ......Meh baca artikel di bawah  Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

1. Perancangan Bandar dan Kawasan (Urban and Regional Planning)
Profesion sebagai perancang bandar dan kawasan memerlukan individu untuk merancang, mereka dan menguruskan persekitaran sesuatu tempat. Dalam erti kata lain, kursus tersebut menggabungkan seni kreatif dan sains dalam mencipta suasana harmoni untuk kehidupan yang lebih baik.
Dalam pasaran tempatan, ia memerlukan seseorang graduan untuk merancang dan mereka penempatan awam serta bandar, manakala pada tahap yang lebih tinggi, mereka perlu berhadapan dengan projek-projek mega di tengah-tengah kota pesat membangun.
urban_planning
2. Perakaunan (Accountancy)
Pastinya, kursus perakaunan memerlukan seseorang penuntut untuk sentiasa mengaplikasikan ketepatan dan integriti ketika berurusan dengan digit. Di Malaysia, kursus tersebut berada pada paras kritikal kerana penetapan standard tinggi. Sebagai contoh, di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), kursus itu ditawarkan pada mod sepenuh masa selama 8 semester.
Pelajar diperlukan untuk melalui latihan industri selama 6 bulan ketika cuti semester pada tahun ketiga manakala penilaian juga dibuat pada kadar 60 peratus untuk peperiksaan akhir dan bakinya untuk tugasan.
3. Juruukur Bahan (Quantity Surveying)
Umum sedia maklum, Malaysia kini sedang membangun pesat dengan pembinaan banyak bangunan dan infrastruktur. Tugas juruukur bahan adalah lebih kepada pengurusan efektif terhadap kos pembinaan, perolehan projek serta pentadbiran kontrak serta memberi nasihat dalam pembangunan ekonomi dan urusan berkaitan kontrak.
ispeak-bar-exam-law-school-carousel-rappler-20141803
4. Undang-Undang
Kursus undang-undang pastinya antara kursus paling susah yang ditawarkan di mana-mana sahaja, tak terkecuali Malaysia. Ia antara pengajian profesional, malah kebanyakan ibu bapa teruja untuk memiliki anak yang mengambil kursus undang-undang.
Apapun, ia bukanlah jalan yang senang untuk menamatkan pengajian dan mengenggam segulung sijil. Kursus tersebut mempunyai banyak istilah yang perlu diingati dan pastinya akta-akta yang diwartakan.
Kebanyakan pelajar mengakui bahawa ia susah kerana subjek yang kompleks. Bukan itu sahaja, kursus undang-undang juga menjadi antara kursus yang termahal dari segi yuran pembelajaran, dan ini menyebabkan mahasiswa terpaksa memikirkan dua masalah; bagaimana untuk melangsaikan yuran serta bagaimana untuk lulus peperiksaan.
5. Bioinformatik (Bioinformatics)
Kursus bioinformatik merupakan kursus yang ditawarkan untuk mengembangkan teknik dan kelengkapan perisian bagi memahami data biologikal. Sebagai salah satu cabang dalam sains, ia menggabungkan sains komputer, statistik, matematik dan kejuruteraan untuk memahami proses data biologikal.
Mengambil kursus tersebut di Malaysia memerlukan seseorang penuntut untuk memahami biologi, bioteknologi dan teknologi maklumat. Antara kegunaan bioinformatik adalah untuk mengenal pasti gen dan nucleotides (SNPs).
6. Perniagaan Antarabangsa (International Business)
Kursus ini juga bukan calang-calang. Ia memberi informasi kepada penuntut untuk memulakan perniagaan mahupun menguruskan syarikat dalam pasaran global, dengan mempelajari pelbagai budaya, sejarah perniagaan, hubungan antara pekerja, ekonomi dan sistem politik. Di Olympian College Malaysia, kursus Perniagaan Antarabangsa sangat komprehensif dan membekalkan penuntut dengan cara pengurusan betul, budaya asing, persekitaran perniagaan global.
7. Teknologi Maklumat (Information Technology)
Ketika dunia semakin berkembang ke arah tanpa sempadan, keperluan untuk pakar IT semakin banyak. Jika penuntut berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ini, mereka harus bersedia. Banyak kolej menawarkan diploma dalam bidang tersebut untuk mengembangkan kemahiran perkomputeran dalam disiplin teknologi dan saintifik memberi pendidikan sebelum menjadi seorang programmer dan pencipta perisian.
Medicine (1)
8. Perubatan (Medicine)
Mempelajari bidang perubatan selalunya akan turut mempelajari pembedahan surgeri. Penuntut perlu melepasi kesemua ujian sebelum melangkah ke fasa seterusnya bagi mempelajari subjek lain. Selain itu, peperiksaannya juga kompleks. Ulang kaji yang intensif sangat diperlukan dan kebanyakan masa penuntut akan dihabiskan dengan belajar daripada beriadah. Sanggup?
Penuntut bidang perubatan juga sering diletakkan di bawah tekanan kerana tugasan mereka melibatkan nyawa manusia dan kesilapan kecil mampu mengancam pesakit. Pengajian ini juga boleh menjadi satu ketakutan apabila penuntut harus berurusan dengan bangkai, darah dan pesakit yang cedera.
9. Biologi Molekul (Molecular Biology)
Kejuruteraan biomolekul adalah aplikasi amalan kejuruteraan dan prinsip-prinsip untuk memanipulasikan molekul asal biologi. Kejuruteraan kimia melibatkan manipulasi molekul bukan biologi. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalunya diambil bersama-sama dalam kebanyakan institusi di Malaysia. Kebanyakan subjeknya mencabar yang mana ia melibatkan pengajian struktur, fungsi dan ciri-ciri.
10. Sains Politik (Political Science)
Kursus sains politik adalah sebahagian dari sains sosial yang berkaitan dengan sistem kerajaan dan analisis aktiviti politik dan tindakan dalam politik. Ia turut berkait rapat dengan amalan teori dan praktikal dalam politik. Andai ada penuntu yang berminat melanjutkan pelajaran dalam kursus berkenaan di Malaysia, mereka perlu menjadi pemerhati terhadap landskap politik Malaysia. Admin Mynewshub antara yang ambik course ni dulu (saje interframe) .
Hotel-management
11. Pengurusan & Operasi Hotel (Hotel Operations & Management)
Di Olympia College Malaysia, pelajar yang ingin menuntut dalam bidang tersebut perlu bersedia untuk menimba ilmu dalam subjek asas seperti Industri Hospitaliti, Aplikasi Komputer, Kebersihan dan Keselamatan, Pengajian Makanan, Pengurusan Rumah dan banyak lagi. Melalui penilaian, latihan keras dan implementasi teknologi terbaru, penuntut akan dilatih untuk mengendalikan hotel pada tahap optima.
12. Bahasa Inggeris (English Language)
Pengajian bahasa Inggeris selalunya diambil oleh pelajar yang ingin mempelajari bahasa kedua selepas bahasa ibundanya. Arahan pengajian dan tugasan pelajar dan latar belakang budaya merupakan antara latihan asas terutama kepada mereka yang tidak menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama perbualan.
Latihan intensif bahasa Inggeris dibuat beberapa bulan sebelum kursus sebenar bermula. Hampir kesemua kursus berkenaan bahasa Inggeris boleh membantu pelajar untuk membaca dan menulis serta bercakap dan kemahiran mendengar.
13. Rekaan Grafik (Graphic Design)
Rekaan Grafik merupakan satu proses komunikasi visual dan proses menyelesaikan masalah melalui penggunaan unsur ruang, imej dan sebagainya. Bidang ini dianggap sebagai subset kepada komunikasi visual dan reka bentuk komunikasi. Terdapat beberapa tawaran kursus berkenaan universiti mahupun kolej di sini, dan ia akan menggabungkan kreativiti penuntut dengan naluri perniagaan dan matlamat industri.
14. Kejuruteraan (Engineering)
Kejuruteraan bermaksud mengaplikasikan unsur saintifik dan pengetahuan praktikal dalam usaha untuk mencipta, mereka, membina, mengekalkan, membuat kajian dan menaiktaraf struktur, mesin, alatan elektronik, sistem dan sebagainya. Beberapa institusi menawarkan peluang melanjutkan pelajaran dalam kursus tersebut, namun tidak mudah untuk layak diterima, malah lebih teruk lagi untuk meneruskan pengajian pada setiap semesternya.
Haaaa..dah cakapkan... kursus paling tough kan..... oklah.. Kerja bidang ni banyak beri pendedahan dan pengalama yang x ternilai harganya... dapat tahu banyak perkara...dgn kerjaya ni juga banyak tempat juga aku dah pergi...hehehe... Kat sini aku sertakan beberapa pic yang menjadi kenangan aaaa sepanjang terlibat dengan bidang perancang bandar ini...Enjoy the pics...

Ni Masa Miting dengan KP PLANMalaysia utk Projek Manual Penguatkuasaan Akta 172

With Dato Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu

Best Team ..Manual Penguatkuasaan Akta 172 + MEGArancang+MPPP+MPK

FGD Manual Penguatkuasaan Akta 172

FGD Manual Penguatkuasaan Akta 172

My Boss

Makan Malam Team FGD Manual Penguatkuasaan Akta 172

FGD Manual Penguatkuasaan Akta 172

FGD Manual Penguatkuasaan Akta 172

With Orang2 Hebat masa Publisiti RTDPBP

Pengurus Projek Garang..hahahah RTDPBP

FGD Pelan Strategik Negeri Johor

FGD Pelan Strategik Negeri Johor

Ini perempuan jgn di bagi Mic..Memang orang lain tak der peluang

Final Miting


FGD  RTDPBP

FGD  RTDPBP

Orang2 kuat ni!!!thanks guys

FGD  RTDPBP


Best Ever Team

Tuesday, April 10, 2018

Shopping Online..LAZADA & 11 Street

Assalamualaikum

Siapa kat sini suka online shopping....?? hahaha akulah salah sorang yg suka bebeno shopping tru maya ni..Pernah tertipu? so far alhamdulillah..semua barang yang dibeli diterima dengan keadaan baik... Antara barang2 yg pernah aku beli :

  • Mesin Basuh - Masih ok sampai sekarang
  • Air Cond 2 unit - masih elok lagi
  • Luggage beg
  • Baju
  • Buku Cerita
  • Solar Toys
  • Barangan elektrik
  • Barangan Dapur - Periuk, pan ajaib dll
  • DLL
Huhuhu banyaklah jugaklah yg aku beli dan semuanyer puas hati ada sampai beribu nilai barang especially masa adik aku kawin..banyak beli cabutan bertuah tru online..hehehe.. LAZADA, 11 Street, Mis Claire , NILE semua dah pernah beli... yelah orang cakap malang tak berbau kan... so kat sini antara TIP yang aku buat kalo nak beli sesuatu barang online..please..please..baca REVIEW...sangat-sangat membantu..jangan malas-malas.... kalo tak menyesal sangat-sangat...yelah base on review orang lain kita sendiri dapat menilai kan barang yang kita nak beli..ada yg comment .".baru dua x pakai dah rosal belander ni...barang yang saya terima belum lagi pakai tapi dah tak berfungsi"... bagus lah periuk ni..sangat2 membantu"...dan bla bla bla.......so please baca review dan baca detail mengenai produk... dari segi saiz, fungsi dan lain-lain lah... kalo x nanti adalah yg dapat saiz barangan x sama lah..pastu terus viral...hahha kang yg malu sendiri kan..

Related image

yang ni contohnyer..mungkin x baca saiz deckchairs kan..mungkin utk miniature ke ,...yg ditengok harga murah terus order

so di sini ..JADILAH PENGGUNA YANG BIJAK ya.....

Wednesday, April 4, 2018

Wonderfood Museum Penang 2018.........Food Should be Fun Lorrr!!!

Siapa pernah pi Muzium Wonderfood di Penang??? Angkat tangan hei angkat tangan..hehehehe..... Tabik spring pada owner yg sangat2 kreatif menghidupkan suasana rumah kedai biasa2 aje kepada satu tarikan yang menarik dan berupaya mencuit perhatian pada orang yg suka jalan macam aku..hehehhehehe

ooo apa yg ada dalam Muzium ni ya....Anything about Food!!! tapi ngak boleh dimakan ya...for display only n some time for props too..... tapi nak habak kat hanglah...memang nampak reallllll....
Ikutkan aku pi masa bukan cuti sekolah ..just pi hujung minggu...lagipun masa tu anak2 dah habis periksa ..so just small reward for them to enjoy..ooo ingat2 reward to hubby jugak sebab masa tu besday dia...hehehehhhe.... so dari jb amik flight pi penang..n stay kat lexis...anak2 lah paling suka sebab dapat terjun private pool..sudahnyer siang , malam, pagi petang berendammmm..hahahhahaha...Masa kat penang aku jumpa bibik enap..kawan paling lama masa kat UTM dulu...dia kerja kat penang..so dialah yg bawak kami semua pi ronda2 penang...tq bibik..n Muzium Wonderfood ni salah satu tempat yg kita terjah......


Cik Ipan n Bibik Enap...wahh ngetehhhh


En Hubby..leh cover setahun makan sate beso mcm tu



Bibik..tanjat ke?

Besar Giler Onde2.hahahaha selalu cari masa bulan puasa aje

hahahah..mesti aunty tu kata apa hal lah budak2 ni



Makanan Paling Mewah..mampu ko nak makan emas??

Spicy Girls!!!!

Masammmmm!!!!

Manisnyaaaa..manisnya senyuman muuu!! ku rasa satu dunia sudah mengerti perasaan ku ini..mengapa oo mengapa...sambunggg sendiri..


ikat tepi satu!!!!!