Sambungan dai Part 1
Setelah mengunjungi
Bandung Planning Gallery (BPG) yang
terletak bersebelahan dengan Balai Kota, ahli rombongan kemudiannya dibawa
mengelilingi Kota Bandung untuk melihat keunikan Bandar Bandung. Mengikut
Walikota Mochamad Ridwan Kamil, Bandung telah dianugerahkan dengan berbagai penghargaan
antaranya Indonesia’s Best Smart City and Best Government Awards dan telah
dinamakan oleh UNESCO sebagai Creative City of Design.
Slogan Kota Bandung
‘Livable and Lovable’ dapat dilihat melalui transformasi Bandung hasil usaha
Walikota Bandung melalui beberapa pendekatan dan perubahan yang dilaksanakan
oleh beliau. Antaranya dengan memaksima penggunaan tanah kosong sebagai ruang
awam dengan membangunkan taman-taman awam dengan pelbagai tema seperti Taman
Jomblo, Taman Film dan Taman Skatepark. Ketiga-tiga taman ini dibangunkan di
bawah Flyover Jalan Pasupati
Seterusnya, kami
berpeluang untuk ke Kampung Wisata Kreatif Dogok Pojok, yang terletak di Jalan
Dago Pojok, Bandung Utara. Kawasan perkampungan ini agak jauh ke dalam dan
peserta perlu berjalan kaki selama 5 ke 10 minit. Walau bagaimanapun kami semua berpengalaman
menaiki ‘ojek’ dengan bayaran RP10,000 (RM3) seorang. Semakin hampir dengan
Kampung Dago Pojok akan kelihatan banyak lukisan mural di dinding-dinding rumah
hasil daripada kreativiti penduduk setempat.
Kampung ini pada asalnya
merupakan sebuah kampung daif di dalam kawasan Bandung. Kepesatan pembangunan
Kota Bandung telah menyebabkan masalah sosial turut menghimpit penduduk
kampung. Atas dasar tidak mahu melihat anak muda kampung semakin ramai terlibat
dengan masalah sosial, Bapak Rahmat Jabaril telah membangunkan kampung Dago
Pojok ini dengan menggalakkan aktiviti kesenian di kalangan warga kampung.
Antara aktiviti kreatif yang dibudayakan di kampung ini seperti seni lukis,
aktiviti lukisan mural, melukis tshirt, membuat patung ukiran, aktiviti
kesenian muzik dan tarian tradisi, dan berbagai lagi.
Inisiatif ini telah
menjadikan kampung ini semakin dikenali dan dikunjungi oleh pengunjung dari
serata dunia. Inisiatif kreativiti yang diterapkan dalam pembangunan kampung
ini menjadikannya turut termasuk di dalam jaringan UNESCO Creative City
Network, yang mengiktiraf Bandung sebagai City of Design.
Bapak Rahmat Jabaril selaku
Ketua kampung telah memberikan sedikit penerangan
ringkas berkenaan kampung tersebut dan peserta berpeluang bertanyakan soalan
dan berkongsi penengalaman bersama wakil penduduk tempatan. Selepas itu,
peserta dibawa melihat persekitaran kampung menikmati ruangan kreatif yang ada
seperti ruang ukiran kayu, ruang lukisan, tempat membuat lukisan tshirt dan
mural dinding.
Se Selepas melawat Kampung Wisata
Dago Pojok, peserta dibawa menyusuri Jalan Braga di Kota Bandung. Jalan Braga
merupakan salah satu jalan yang terkenal di Bandung, sejak dari zaman
penjajahan Belanda di Indonesia. Bangunan di sepanjang jalan ini masih
mengekalkan rekabentuk fasad zaman penjajahan Belanda. Jalan ini juga turut
terkenal di kalangan pelukis dengan jualan hasil seni lukis yang menarik.
Sepanjang jalan terdapat lukisan-lukisan yang dipamerkan untuk dijual. Selain
itu, terdapat banyak kedai makan berupa kafe-kafe yang unik dan menarik. Sekali imbas, Jalan Braga ini mempunyai
keunikan dan kelasnya yang tersendiri jika dibandingkan dengan kawasan lain di
Kota Bandung, sebagaimana sejarahnya yang terdahulu, sebagai tempat eksklusif
tumpuan orang Belanda di zaman penjajahannya.
Jalan Braga juga dikenali dengan nama jalan
‘angker’. Sepanjang melalui jalan
ini, kami terserempak dengan ‘hantu’
yang sinonim dengan masyarakat Malaysia dan Indonesia. Antaranya Pontianak, hantu penanggal, pocong
dan lain-lain. Melalui pengamatan kami, ‘hantu-hantu’ ini mencari rezeki dengan cara
yang kreatif. Sekiranya para pelancong berminat untuk mengambil gambar dengan
mereka, bayaran seikhlas hati akan dikenakan oleh mereka. Melalui tembual
dengan hantu-hantu ini...” Untuk persiapan cukup mudah. Kostum saya bikin sendiri dengan harga
yang tidak terlalu mahal, sekitar Rp 30 - 40 ribu. Peralatan rias ada tiga
warna, merah, putih, dan hitam sekitar Rp 150 ribu cukup untuk satu bulan.
Peralatan yang agak mahal paling di rambut palsu, sekitar Rp 300 ribu. Biasanya
saya berdandan mulai pukul 8 malam. Pukul 9 malam baru ke area Jalan Braga
supaya anak kecil tidak terlalu banyak. Jadi, mereka tidak ketakutan” ....
No comments:
Post a Comment