Monday, November 16, 2020

JALAN-JALAN KE BANDUNG LAGI YANG ENTAH KALI KE BERAPA..PART 2

 Sambungan dai Part 1

Setelah mengunjungi Bandung Planning Gallery  (BPG) yang terletak bersebelahan dengan Balai Kota, ahli rombongan kemudiannya dibawa mengelilingi Kota Bandung untuk melihat keunikan Bandar Bandung. Mengikut Walikota Mochamad Ridwan Kamil, Bandung telah dianugerahkan dengan  berbagai penghargaan antaranya Indonesia’s Best Smart City and Best Government Awards dan telah dinamakan oleh UNESCO sebagai Creative City of Design.

Slogan Kota Bandung ‘Livable and Lovable’ dapat dilihat melalui transformasi Bandung hasil usaha Walikota Bandung melalui beberapa pendekatan dan perubahan yang dilaksanakan oleh beliau. Antaranya dengan memaksima penggunaan tanah kosong sebagai ruang awam dengan membangunkan taman-taman awam dengan pelbagai tema seperti Taman Jomblo, Taman Film dan Taman Skatepark. Ketiga-tiga taman ini dibangunkan di bawah Flyover Jalan Pasupati




Seterusnya, kami berpeluang untuk ke Kampung Wisata Kreatif Dogok Pojok, yang terletak di Jalan Dago Pojok, Bandung Utara. Kawasan perkampungan ini agak jauh ke dalam dan peserta perlu berjalan kaki selama 5 ke 10 minit.  Walau bagaimanapun kami semua berpengalaman menaiki ‘ojek’ dengan bayaran RP10,000 (RM3) seorang. Semakin hampir dengan Kampung Dago Pojok akan kelihatan banyak lukisan mural di dinding-dinding rumah hasil daripada kreativiti penduduk setempat.

Kampung ini pada asalnya merupakan sebuah kampung daif di dalam kawasan Bandung. Kepesatan pembangunan Kota Bandung telah menyebabkan masalah sosial turut menghimpit penduduk kampung. Atas dasar tidak mahu melihat anak muda kampung semakin ramai terlibat dengan masalah sosial, Bapak Rahmat Jabaril telah membangunkan kampung Dago Pojok ini dengan menggalakkan aktiviti kesenian di kalangan warga kampung. Antara aktiviti kreatif yang dibudayakan di kampung ini seperti seni lukis, aktiviti lukisan mural, melukis tshirt, membuat patung ukiran, aktiviti kesenian muzik dan tarian tradisi, dan berbagai lagi.

Inisiatif ini telah menjadikan kampung ini semakin dikenali dan dikunjungi oleh pengunjung dari serata dunia. Inisiatif kreativiti yang diterapkan dalam pembangunan kampung ini menjadikannya turut termasuk di dalam jaringan UNESCO Creative City Network, yang mengiktiraf Bandung sebagai City of Design.

Bapak Rahmat Jabaril selaku Ketua kampung telah memberikan sedikit  penerangan ringkas berkenaan kampung tersebut dan peserta berpeluang bertanyakan soalan dan berkongsi penengalaman bersama wakil penduduk tempatan. Selepas itu, peserta dibawa melihat persekitaran kampung menikmati ruangan kreatif yang ada seperti ruang ukiran kayu, ruang lukisan, tempat membuat lukisan tshirt dan mural dinding. 









Se Selepas melawat Kampung Wisata Dago Pojok, peserta dibawa menyusuri Jalan Braga di Kota Bandung. Jalan Braga merupakan salah satu jalan yang terkenal di Bandung, sejak dari zaman penjajahan Belanda di Indonesia. Bangunan di sepanjang jalan ini masih mengekalkan rekabentuk fasad zaman penjajahan Belanda. Jalan ini juga turut terkenal di kalangan pelukis dengan jualan hasil seni lukis yang menarik. Sepanjang jalan terdapat lukisan-lukisan yang dipamerkan untuk dijual. Selain itu, terdapat banyak kedai makan berupa kafe-kafe yang unik dan menarik.  Sekali imbas, Jalan Braga ini mempunyai keunikan dan kelasnya yang tersendiri jika dibandingkan dengan kawasan lain di Kota Bandung, sebagaimana sejarahnya yang terdahulu, sebagai tempat eksklusif tumpuan orang Belanda di zaman penjajahannya.  
      
      Jalan Braga juga dikenali dengan nama jalan ‘angker’.  Sepanjang melalui jalan ini,  kami terserempak dengan ‘hantu’ yang sinonim dengan masyarakat Malaysia dan Indonesia.  Antaranya Pontianak, hantu penanggal, pocong dan lain-lain.  Melalui pengamatan kami,  ‘hantu-hantu’ ini mencari rezeki dengan cara yang kreatif. Sekiranya para pelancong berminat untuk mengambil gambar dengan mereka, bayaran seikhlas hati akan dikenakan oleh mereka. Melalui tembual dengan hantu-hantu ini...” Untuk persiapan cukup mudah. Kostum saya bikin sendiri dengan harga yang tidak terlalu mahal, sekitar Rp 30 - 40 ribu. Peralatan rias ada tiga warna, merah, putih, dan hitam sekitar Rp 150 ribu cukup untuk satu bulan. Peralatan yang agak mahal paling di rambut palsu, sekitar Rp 300 ribu. Biasanya saya berdandan mulai pukul 8 malam. Pukul 9 malam baru ke area Jalan Braga supaya anak kecil tidak terlalu banyak. Jadi, mereka tidak ketakutan” ....



Thursday, November 12, 2020

JALAN-JALAN KE BANDUNG LAGI YANG ENTAH KALI KE BERAPA..PART 1

 Assalamualaikum

Wah ni betul2 entri yang terperam lama ni...almost 2 tahun...hehe..yg pasti entri ni memang x der dalam blog ni..hehehe..ok actually kali ni ke Bandung atas urusan kerja.... bawa rombongan cik dckey melawat kota bandung....selalu ke Bandung cuti2 malaysia..tapi kali ni semua atas urusan kerja.. Thanks to Pak Dani dan Buk Temmy bagi servis yang terbaik utk trip kali ni... banyak juga halangan nak mengadakan trip kali ni...urusan melibatkan orang besar2ni..sakit juga kepala..nasib baik dani memahami..ntah berapa kali tukar planning, tarikh dgn tiket flight yang burn..bukan 1 tapi banyak tiket melibatkan VVIP....huhu boleh nangis tepi bucu katil rasanya kalo ingat balik..hehehe

Oklah..kali ni flight JB-Jakarta...x der direct flight ke Bandung..nak tak nak memang kena tempuh jem dari Jakarta ke Bandung....Tambah lagi diorang kat sana tengah buat Lane LRT dari Jakarta ke Bandung ke atau ntah sampai mana..... tak taulah dah siap ke belum ni kan..... tu yg tambah2 jem.......kena pulak ada yg lupa amik ubat..dah bhenti tepi hway..cian diaaa..siap pakej muntah+mengigil ..dah risau manalah kat hway ni ada rumah sakit......  doa banyak2 masa tu agar dipermudahkan urusan masa tu..alhamdulillah almost 3 hours atas jalan, sampai jugak kat bandung...x salah masa tu dah jam 10 malam rasanya....yelah kita sambung esok pagi ajelahkan.. Kira random ajelah berkenaan iternari tu...dah x ingat dah susunannya:

Hari Pertama :

  • Perjalanan bermula pada jam 5.00 petang di mana para peserta berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai bagi urusan bagasi dan imigeresen.
  • Tepat jam 7.00 malam  kami berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa  Senai ke Jakarta di mana tempoh penerbangan mengambil masa selama 1 jam 50 minit. Lebih kurang dalam jam 8.50 malam WIB (GMT+7) kami selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta.
  • Kedatangan kami disambut oleh agen pelancongan di sana iaitu En Dani Ahmad atau lebih mesra dipanggil “Pak Dani”.   Kami terus di bawa ke Restoren Simpang Raya untuk makan malam di mana restoren ini menghidangkan pelbagai jenis masakan padang.


  • Selesai menikmati makanan tempatan disana, kami meneruskan perjalanan ke Bandung dengan menaiki Van dengan kapasiti 18 orang. Perjalanan dari Jakarta ke Bandung mengambil masa lebih kurang 3 jam 56 minit melalui Lebuhraya Jakarta-Cikampek-Cipularang. Kami telah dimaklumkan dengan lebih awal mengenai kesesakan lalulintas yang bakal kami tempuhi kerana pada jam 10.00 mlm WIB  sehingga 5.00pagi WIB, sebahagian lorong akan ditutup bagi memberi laluan kerja-kerja pembinaan LRT yang dijangka siap pada 2023.
  • Akhirnya setelah menempuhi lebih kurang 4 jam perjalanan, kami sampai ke Kota Bandung pada jam 4.00 pagi WIB dan terus menuju ke Hotel Regata Jalan Setiabudi.  Kami terpegun dengan  rekabentuk dalaman hotel 4 bintang ini yang dihiasi  dengan lukisan dinding serta hiasan dalamannya. Esok kami akan berkumpul jam 10.00 pagi WIB untuk menjelajah Kota Bandung.

Hari Kedua : 26/9/2018


  • Setelah bersarapan di hotel, kami semua berkumpul di lobi hotel untuk memulakan pengembaraan kami di Kota Bandung.
  • Kami di bawa ke kawasan pemerintahan Kota Bandung di mana disinilah terletaknya Pejabat Wali Kota (Datuk Bandar) Kota Bandung.  Oded M Danial merupakan Wali Kota Bandung yang baru di lantik pada 20 September 2018. Beliau menggantikan Ridwan Kamil yang kini menjawat jawatan sebagai Gabenor Jawa Barat.
  • Seterusnya kami mengunjungi Taman Balai Kota yang terletak bersebelahan dengan pejabat wali kota.  Taman ini merupakan ‘lung of the city’ yang meliputi beberapa taman mini iaitu :Taman Badak,,Taman Dewi Sartika, Taman Labirin danTaman Sejarah
  • Dalam banyak-banyak taman ni..Taman Labirin yang paling menarik perhatian...sebab.......taman ni macam maze.. Taman yang terletak berdahapan dengan Balai Kota Bandung ini hanya memiliki empat jalur masuk dengan rerumputan yang ditanam di tempat tinggi dan menghalangi pandangan. Jalan yang terletak di antara labirin  memiliki kelebaran setengah meter dan berlantai granit. Di tengah-tengah taman ini terdapat dua pokok hujan-hujan yang berusia lebih ratusan tahun iaitu sejak zaman Belanda memerintah.  Taman inilah yang digelar ‘lung of the city’. 



  • Bayangkan sebatang pokok hujan-hujan yang besar yg lebih 100 tahun usia dia berada di tengah2 taman....dikelilingi dengan tembok2 yang dibuat berpusing2 dikeliling pokok tu..kalo tengok tembok tu kat gambar atas tu memang tinggi giler...rasanya dalam 8-10 kaki......
  • Selain dari taman Labirin memang syok kat tengah2 kota bandung ni..banyak taman yg bermanfaat untuk diexplore


  • Setelah puas menikmati permandangan dan keindahan taman-taman di Balai Kota, seterusnya kami mengunjungi Bandung Planning Gallery  (BPG) yang terletak bersebelahan dengan Balai Kota. BPG dibuka dari setiap hari Isnin hingga Sabtu iaitu pada jam 9.00 pagi WIB sehingga 4.00 ptg WIB.  Tiada bayaran dikenakan untuk memasuki BPG ini.  Wakil dari Bandung Planning Gallery memberi penerangan kepada ahli rombongan tentang bagaimana Bandung pada masa lalu, meliputi kewujudan dataran Bandung dari danau purba sehingga berdirinya Kota Bandung, perkembangan pembangunan Kota Bandung pada masa ini dan pencapaiannya, program-program di Kota Bandung, dan Kota Bandung di masa hadapan. Melalui teknologi virtual reality, pengunjung boleh mengalami sendiri secara virtual, visi Bandung sebagai Smart City dan Urban Mobility menjelang tahun 2031.







ok kita sambung lain kali 



Sunday, November 8, 2020

Wajah-wajah Kesayangan Kak Ngah

 Assalamualaikum

Tiada coretan yang terindah.. Cuma kepingan foto yang mencatatkan seribu kenangan utk abam danish dan cik ipan pipi tembam di suatu masa nanti.. Bayangkan kamu berdua menatap blog ibu dengan keluarga masing2...haaaa..ni lah nenek kamu...haaa nilah atuk kamu..ehhh ni moyang kamu..hehehe..ibu sentiasa doakan yang terbaik untuk anak2 ibu...dan ibu harapkan agar doa yang baik2 juga utk ibu dan ayah.... Jadikan pengalaman hidup ini sebagai jalan utk abg dan adik menambah baik kehidupan kamu sekeluarga...ibu dan ayah sayang kamu berdua...Jangan lupa doakan ayah dan ibu selalu dalam kehidupan kamu berdua.





















JALAN JALAN KE IPOH PART 2

 Assalamualaikum..

Ok kak ngah sambung part 2 pulak ya.....yg x sempat baca part 1 boleh klik SINI.... Again..bila sampai bandar Ipoh huhuhuhuhu...banyaknyer perubahannn...yelah kalo masih di takuk yg lama kang kata tak der pembangunan pulak..hehehe.....kat ipoh kak ngah stay di hotel apa tah..hahaha tak ingat..tapi best sangat2...semua lengkap walau harga dalam RM180++..amik 2 bilik ..bio kasi selesa sikit ...almaklum semua jalan jauhkan.....kasi kaki lurusss...badan tegakkkk..barulah boleh sambung jalan keesokan harinyaaa..

ok..mornikkkkk....hahhahaha...dalam list kepala dah tau nak pi mana..almaklum kalo sampai Ipoh x food hunting tak salah...... mulakan perjalanan dengan bismillah.... tempat pertama yg nak dituju...of coz cari sarapan...roti tibtab.......hahahahhaha dah memang tertulis x dak rezeki kan...tu diaaa..sampai2 penuh satu kedai...kak ngah jenis yg x sanggup nak sesak2 n tunggu lama...waima makanan tu viral mcmana sekalipun...hahahahhaa...next..kita cari dim sum......aduhai nama tempat pun x ingat aaa...tapi mcm business park jugaklah lokasinya..sedap...yg penting kedai halal...tu diaaaa...mcm2 bentuk..mcm2 kala..hahahhahahaha...oooh baru ingat nama kedai

GREENTOWN DIM SUM CAFE 10, Persiaran Greentown 4, Greentown Avenue, 30450 Ipoh, Negeri Perak




yg ni both muzzammils paling x suka..banyak taugeh..hahahha carrot cake apa tah namanya




zoomlah nama kedai tu apa....dah tua2 mata x berapa nak sharp..hahahha

Dah kenyang kita sambung jalan2....haaa kali ni kita terjah mural street art kat bandar ipoh..bersen sungguh kome yaaa.... bangunan lama pun cantik kome make upkan..hahahahaha..dari kedai buku vintage, kedai makan semua kitaorng serbu..ajar both muzzammils menghargai seni dan sejarah..alhamdulillah diorang suka..sambil2 u boleh kak ngah jadikan benchmark dalam kajian2 yg kak ngah buat....barulah berbaloi trip kali ni....hehe...















ok last but not least.....dah penat pusing bandar ipoh..abam danish meronta2 nak tgk kellie castle..dari semalam dia goggle sejarah KC ni...nak tgk depan mata katanya..oklah nasb baik melencong sikit aje dari laluan balik JB...ok kita layann......tu diaa..sekali sampai...orang dah mcm semut api dah.....hahahaha x ingat pi masa tu ada cuti apa ek...ramai nau umat...hehehe...tapi x perlah termaklbul juga nak tgk KC depan mata..nanti kita explore ngan ayah ya , danish...







Alhamdulillah termakbul juga doa abam danish nak pi KC ni kan....oklah... perjalanan pulang ke JB pun diteruskan..tapi sebelum tu meh ler borong limau bali tambun..buat ole2 orang kat rumah....eh baru tau kulit limau bali pun orang buat  jeruk asam jugak ya..sedapppppp..ok see u again IPOH

Salam Aidilfitri Buat Semua

Assalamualaikum.... Salam Aidilfitri buat semua pembaca blog Kak Ngah... Sedikit terlambat rasanya Kak Ngah wish raya kan.. Tahun ni Kak Nga...