Tuesday, December 31, 2013

Alhamdulillah..Penutup 2013

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..rezeki penghujung 2013....rezeki Allah nak bagi kan... sebenarnya tak delah masuk pertandingan apa sangat..sekadar mencuba.. dan akhirnya rezeki memihak kepada kita

a) Pertandingan Stabilo - menang dapat untuk minggu ke2



b) Menang voucher dari Nestle

c) Memang Gambar raya by MAY


Tuesday, December 17, 2013

Resepi Bake Rice

Assalam

Wah class mak jemah buat bake rice gitu..hahahahhahaha over tu..padahal masak nasi goreng cina aje..hahaha....buka peti sejuk nampak ada cheese..apa lagi terbayang2 bake rice kat pizza hut..hehehehe..

Bahan-bahan
- Nasi goreng bubuhlah ayam ker udang ker tak kisah ...nak buat nasi goreng kampung pun boleh
- cheese parut
- sos carbonara..aku guna prego




ha dah lengkap bahan2 nyer..ko letaklah dlm bekas..aku buat layer..meaning nasi+sos prego+cheese+nasi+sos prego+cheese...ha...sedap tuuu...dah siap layer bako dalam oven 15 minit suhu 170d......wahhh semerbak harum kasturi jemah



licinnnnnn!!!

Keindahan Air Terjun Lata Rek dan Gunung Stong

Air Terjun Lata Rek..subhanallah


Permandangan dari Gunung Stong
Air Terjun Gunung Stong



Subahanallah


View dari Air Terjun Gunung Stong - Pekan Dabong




Kelihatan sekumpulan pelajar dari Kota Singa bersiap sedia untuk mengeksplorasi Gunung Stong. Mereka akan berkhemah semalaman  di Puncak Gunung Stong. Dari singapura menaiki keretapi bhenti di Stesen Dabong - bermalam di Gunung Stong - dah menaiki keretapi semula ...sayangkan..sekiranya ada pakej pelancongan +homestay+aktiviti penduduk setempat insyallah kawasan ini berpotensi menjadi destinasi pelancongan di Malaysia

Monday, December 16, 2013

About Kuala Krai Part 2

d) GUA IKAN - GUA GELAP/GUA KERIS
  • Merupakan tarikan rekreasi alam semulajadi dan rangkaian gua-gua yang terkenal di Kuala Krai. Terletak kira-kira 95 km dari Kuala Krai dan 7 km dari Dabong.
  • Gua Ikan di perolehi ekoran daripada terdapatnya batu yang kelihatan seperti ikan. Di percayai, terdapat peninggalan harta karun yang di sembunyikan oleh pihak tentera Jepun yang masih tidak di jumpai sehingga kini
  • Di antara aktiviti yang menarik ialah menikmati keindahan flora dan fauna, mandi-manda, rekreasi dan perkelahan.
  • Di antara kemudahan yang disediakan di sekitar Gua Ikan ini ialah Dewan, Surau, Tempat Permainan Kanak-kanak, gerai makanan, tandas, tempat letak kenderaan dan papan tanda.
  • Walau bagaimanapun, terdapat beberapa masalah sosial di kalangan remaja dan kesan vandalisme ke atas gua ikan ini.  Pemantauan yang berterusan perlu dijalankan bagi mengatasi masalah ini.
  • Terdapat gua-gua yang menarik di sekitar kawasan ini antaranya Gua Keris dan Gua Gelap direntangi oleh anak sungai yang jernih.
  • Untuk sampai ke Gua Keris, pengunjung perlu melalui Gua Gelap yang agak sukar kerana hanya boleh dimasuki dengan berjalan mengiring dan kemudian merebahkan badan secara melentang sejauh kira-kira 20 meter untuk melepasi pintu gua yang rendah dan sempit.
  • Gua Gelap atau dikenali sebagai Gua Batu Susun juga memperoleh nama daripada pelbagai bentuk batu yang tersusun rapi di sepanjang laluannya. Stalaktit dan stalagmit yang terbentuk hasil daripada titisan dan hakisan air ribuan tahun dahulu, bersinar apabila disuluh.
  • Di Gua Keris pula, pengunjung perlu memanjat batu yang agak licin dan sebaik tiba di dalamnya kelihatan  'sebilah keris' yang terbentuk hasil cantuman stalaktit dan stalagmit. Gua berkenaan yang luas dan lantai yang agak mendatar dikatakan pernah didiami oleh manusia dahulu kala. Satu kawasan lapang di dalamnya dikatakan pernah digunakan sebagai tempat berlatih silat. 

e) TEMBIKAR MAMBON
  • Kampung Mambong yang terletak diseberang Sungai Galas di daerah Kuala Krai merupakan sebuahperkampungan kecil yang menjalankan perusahaan seramik.
  •  Kampung ini yang juga dikenali sebagai tempat “Seramik Mambong” memakan masa selama 45 minit dari Tangga Krai untuk ke sana dengan menaiki bot serta tambangnya amat berpatutan.
  • Perusahaan yang diasaskan oleh Tuk Bare dan diusahakan oleh Cikgu Ramli adalah merupakan perusahaan turun temurun.
  • Antara Jenis-jenis seramik yang telah dihasilkan adalah pasu hiasan , buyung,belanga dan lain-lain lagi.
  • Terdapat 7 peringkat harus dilalui untuk menghasilkan sebiji seramik.
  • Antara peringkat-peringkat tersebut adalah mesin tanah (tanah sungai),tapis tanah,ikat acuan,tuang acuan,keringkan acuan,clear dan bakar
  • Jenis-jenis seramik yang telah dihasilkan adalah pasu hiasan,buyung,belanga dan lain-lain lagi.Perusahaan ini telah diubahsuai pada tahun 1990 dan kekal sehingga sekarang
  • Kawasan perusahaan ini sering dikunjungi oleh pelajar-pelajar dari UiTM bagi mempelajari seni halus membuat tembikar.  Walau bagaimanapun kawasan ini memerlukan penambahbaikkan kerana potensinya yang tinggi di dalam sektor pelancongan.

About Kuala Krai

Assalamualaikum...

Sebenarnya dah lama nak buat entri ini.... memandang pada suatu ketika dahulu (cehh..mcm la lama sangat) dalam tahun 2010, aku berpeluang membuat sektor pelancongan untuk  perancangan bagi Rancangan Tempatan Jajahan Kuala Krai (RTJKK).  Sapa2 budak planing well know sangat pasal RTD ni..tapi disebabkan buat kat Negeri Kelantan kenalah tukar dari Daerah ke Jajahan.

sebenarnya eh berapa banyak sebenarnya lah....aku bukan buat utk sektor pelancongan sahaja, perniagaan, perindustrian, asas ekonomi dan pertanian jugak aku cover..so dah rasa dekat sangatlah Jajahan Kuala Krai di hati aku... i love the people, their food and everthinglah...oh one more thing about their night market..banyak yg kita tak tahu pasal Kuala Krai ni....

Jajahan Kuala Krai boleh diakses by car and train of course....kalo naik kereta tu leh dari Gua Musang dan Kota Bahru melalui Machang or Tanah Merah.


ha.. ni map Jajahan Kuala Krai..terbahagi kepada 3 daerah utama iaitu Batu Mengkebang, Olak Jeram dan Dabong.  Luas ok...kalau dari Bandar Kuala Krai ke Dabong take 2 hours dan kena pastikan kalo korang di Dabong make sure 5 ptg korang dah bertolak balik ke Bandar Kuala Krai.......bukan apa suasana perjalanan tu memang melalui kawasan hutan..gelap..x biasa bagi orang luar......tapi seronok... ok kalo naik train dari JB ..ada 2 stesen utama iaitu Dabong dan Kuala Krai..dua2 tempat ni mempunyai keistimewaa sendiri...mm kita fokus on produk pelancongan aje yek....kalo ada yg lain2 aku tambah kendian...


Berikut merupakan Senarai Produk Tarikan Pelancongan Jajahan Kuala Krai

1) Pelancongan Ekologi

  • Taman Negeri Gunung Stong /Air Terjun Jelawang
  • Air Terjun Lata Kertas
  • Air Terjun Lata Berangin
  • Gua Ikan
2) Pelancongan Sukan dan Rekreasi
  • Taman Tasik Kuala Krai
  • Taman Burung Kuala Krai/Mini Zoo
3) Pelancongan Adat, Sosio Budaya, Masyarakat, Sejarah dan Pelancongan Bandar
  • Tembikar  Mambong
  • Tangga Bradley/Krai
  • Jambatan Sultan Ismail/Gertak Gantung
  • Sekolah Pondok Sungai Durian
  • Kampung Lemang
  • Stesen Keretapi Kuala Krai
  • Stesen Keretapi Dabong
Antara produk-pelancongan di Jajahan Kuala Krai :-

a) TAMAN NEGARA GUNUNG STONG
  • Taman Negeri Stong telah diwartakan sebagai Taman Negeri pada 2 Jun 2004 terletak dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Stong Tengah seluas 21,950 hektar.
  • Gunung Stong mempunyai ketinggian 1433 meter dan kaya dengan hidupan flora dan fauna serta gunung batu kapur yang berusia berjuta-juta tahun lamanya merupakan tarikan utama di dalam taman negeri ini.
  • Selain itu, terdapat Air Terjun Jelawang setinggi tujuh tingkat yang mencecah ketinggian 300 meter dan diiktiraf sebagai antara air terjun tertinggi di Malaysia dan ketiga tertinggi di  Asia Tenggara.
  • Terdapat sebuah chalet iaitu Gunung Stong State Park Resort yang berada di kaki Air Terjun Jelawang. Resort ini menawarkan kemudahan chalet, bilik mesyuarat, surau serta tandas. Pendaki boleh melaporkan diri di sini sebelum memulakan pendakian.
  • Disini juga terdapat tapak perkhemahan yang dikenali sebagai ‘Baha Camp Site’ untuk pendaki-pendaki dan pencinta alam semulajadi bermalam sambil menikmati keindahan alam pergunungan yang penuh dengan flora dan fauna.

b) Air Terjun Lata Kertas
  • Terletak di Daerah Dabong. Kawasan ini mempunyai kemudahan tempat berkelah dan kemudahan-kemudahan sokongan seperti wakaf, jambatan gantung, laluan pejalan kaki, tandas awam, surau dan juga sebuah kedai. 
  • Kawasan ini sesuai untuk aktiviti beriadah  dan bermandi manda kerana Air Terjun Lata Kertas menyajikan kepuasannya yang tersendiri.  

c) Air Terjun Lata Rek
  • Air Terjun Lata Rek terletak berhampiran dengan Pekan Laloh iaitu lebih kurang 20km dari Bandar Kuala Krai
  • Merupakan salah satu tarikan rekreasi yang popular di Kuala Krai.
  • Menjadi tumpuan penduduk tempatan dan pengguna Lebuhraya Gua Musang-Kuala krai  untuk melakukan aktiviti-aktiviti rekreasi seperti berkelah, mandi-manda, berehat dan sebagainya lagi.Lata Rek digemari oleh pengunjung kerana mempunyai kedalaman air yang cetek dan bersih, sesuai untuk kanak-kanak mandi-manda.
  •  Kemudahan-kemudahan asas juga tersedia untuk keselesaan para pengunjung antaranya Tandas Awam, dua unit gerai majlis dan tempat letak Kenderaan
             Sambung Part 2..

Wednesday, December 11, 2013

Persiapan Both Muzzammils Sekolah Rendah/Agama n Tadika

Assalamualaikum...

Wah kejap aje dah nak ujung tahun kan...nanti 2014 menjelma automatiknya both Muzzammils pun dah start belajar. Dan yg terlebih excited sebenarnya mak ngan ayahnyer ni..almaklum teruja menyediakan Wang dan segala kelengkapan untuk both muzzammils ni...Ok Wan Danish tahun depan dan mula sekolah darjah satu dan sekolah agama.  Kesian dia masa ambil ujian LINUS hari tu..boleh muntah2 dan demam..sangat2 tak sihat tapi gagah jugak nak ambil ujian dan buat pendaftaran masa tu..

Jadinya if result ujian dia menempatkan dia kelas yang last ibu terima..memang sebab dia sangat x bermaya. takper next time buat yang terbaik. Nanti danish sekolah di SK Pulai Perdana..dekat angat ngan rumah ngan kedai.   Tapi bab sekolah agama tu nampaknya kena amik transportlah jawabnya.. danish punya sekolah agama kat Taman Sri Pulai....sebab kat taman perumahan sini lum ada sekolah agama...

ok untuk Wan Irfan pula...walaupun dia baru 4 tahun, nampaknya tahun depan kena jugak pi tadika .  Ala tak lah jauh mana pun tadika dia..sebelah tangga aje tempat taska dia..dia belajar kat Tadika Smart Reader caw Pulai Perdana..sebelah blok kedai kitaorng jugak...hehehhehehe.

Senarai Kelengkapan Wan Danish : (ni utk note aku jugak)
  1. Baju sekolah rendah 4 pasang (baju+seluar)
  2. Baju Sek Agama 3 helai ( cik deeba jahitkan sebab size x matching ngan badan danish...baju leh pakai seua tak leh lak..last2 tempah lah ngan cik deeba)
  3. stokin 4 pasang
  4. kasut 2 pasang
  5. songkok
  6. sampin sekolah agama
  7. tali leher (sekolah dah kasi)
  8. sapu tangan
  9. botoi air ngan bekal
  10. seluar sukan ngan baju sukan (belum beli pun..eh ke sekolah dah sediakan?)
  11. beg sekolah rendah dan agama
  12. Peralatan sekolah
Senarai Kelengkapan Wan Irfan
  1. Baju tadika (sekolah sediakan.)
  2. Peralatan sekolah 
  3. beg sekolah
  4. stokin (hahah dia x suka pakai sokin..geli katanya)
  5. kasut (selipar pun leh aa dik)
  6. apa tah lagi..tu jer lah kottt
Senarai Perbelanjaan Both Muzzammils
  1. Yuran pendaftaran sekolah Rendah  = rm130 kot
  2. Yuran peralatan+buku latihan sekolah = rm60
  3. yuran sekolah agama = rm150
  4. fee transit + transport danish = rm180
  5. yuran pendaftran tadika irfan = rm1200
  6. fee tadika = rm130
  7. fee transit irfan = rm270
  8. barangan keperluan sekolah = rm400  
  9. TOTAL = rm2,500 .......
  10. TOTAL MONTHLY FEE = RM580 every month
Perhhh...nama nak naik sekolah aja busuk2 pun kena ada rm3k.....glupppp....aaaa napa late;y semua barang naikkkkk...

Wednesday, December 4, 2013

OD LAUNDRY Taman Sri Pulai Perdana, JB

Assalamualaikum

dah lama tak update blog ni...bukan tak der cerita tapi tak tercerita.....sejak kebelakangan n sangat2lah buzy.. buula Nov, hubby dah launching kedai dobi dia yang beroperasi sepenuhnya di Taman Pulai Perdana, JB....Nama kedai unik jugak...OD Laundry..napa OD yek...hehehehe O stand for OPEZZ and D stand for DCKEY...hehehehe OD tu nama yang dah sinonim dengan kitaorg...dari zaman UiTM sampailah UTM...hehe nak cerita sejarah dapat nama tu..ishh lain entri lah...

Masa hari pertama pembukaan kitaorang bagi 10 orang pertama cucian free..alhamdulillah dapat sambutan....sekarang ni pun masuk bukan ke2 banyak pelanggan masa bulan 1 yang repeat hantar baju..so skrg ni kena kekalkan momentum  lah..semuanyer dengan izin Allah SWT.....

Meh jenguk OD Laundry


Photo: Toto + selimut sedang dikeringkan






Sunday, November 10, 2013

al-fatiha...

Assalamualaikum...

Ayah mertua aka ayah Opezz telah selamat kembali ke rahmatullah pada 1 Muharam / 5 November 2013.. setelah hampir 5 bulan menghadapi Kanser Pankreas...doakan my FIL di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman..amin...

Monday, October 28, 2013

Kanser Pankreas



Assalamualaikum..

Untuk makluman semua reader, ayah mertua dckey sekarang ni disahkan menghadapi kanser pankreas... dari awal dia kena jaundice sampailah sekarang ni berat badanya terus drop. All the simptom2 yang dinyatakan memang ada pada ayah . Sedih rasanya melihat keadaan ayah yang menderita kanser ini.  Apapun kita doakan yang terbaik untuk ayah terus mendapat kesihatan dari Allah SWT. 


Jom kita kenali kanser pankereas ini.


Sumber: Blog Kesihatan


Pankreas adalah organ yang berbentuk bujur yang terdapat di tengah kawasan atas perut. Kanser pada pankreas adalah hasil pada perubahan sel yang berbahaya, selalunya pada kepala kelenjar.

Kanser merebak dari kelenjar limfa ke hati, paru-paru dan peritonium. Lelaki mempunyai risiko yang tinggi mendapat kanser pankreas berbanding wanita (2:1). Purata umur bagi kanser pankreas ialah 65 tahun.

Apakah Simptom bagi Kanser Pankreas

- Jaundis (sakit kuning) ialah simptom yang paling biasa ditemui kerana bilirubin,bahan kegagalan sel darah yang rosak,berkumpul di dalam darah. Air kencing yang berwarna kuning pekat, kulit kuning, mata kuning, najis berwarna pucat dan gatal badan.

- Selain dari itu pesakit akan berkurangan berat badan, rasa mual;- rasa keletihan dan sakit yang menyusuk dalam perut. 


Apakah gejala-gejala kanser pankreas?

 Kerana tanda-tanda awal adalah sangat ‘senyap’, kanser pankreas dikesan biasanya hanya di peringkat akhir.

Gejala-gejala pertama termasuk hilang selera, kejijikan makanan dan kehilangan berat badan, walaupun gejala-gejala ini mungkin disebabkan oleh faktor-faktor lain.

Gejala-gejala lain yang mungkin kelihatan termasuk keletihan, demam kuning, muntah dan cirit-birit. Sakit perut juga boleh hadir.

Rasa seperti tusukan yang sangat mendalam, sakit di bahagian atas perut, sehingga ke belakang, mungkin berpunca daripada pankreas, walaupun kesakitan itu disebabkan oleh terdapatnya banyak bernigna.

Ujian Kanser pankreas 

Ujian darah perlu dijalankan untuk mengenal pasti samada paras bilirubin yang menyebabkan kekuningan adalah meningkat, jenis bilirubin yang terlibat (conjugated-, nonconjugated-, uro- bilirubin)

Imaging: Ultrasound atau CT scan perlu dilakukan untuk melihat sendiri jenis jisim yang terbentuk pada bahagian abdomen tersebut dan lokalisasi sebenar jisim tersebut untuk memastikan organ yang mana satu yang terlibat.

Antara yang boleh dilihat dalam penghidap kanser pankreas ialah jisim pada pankreas, pengembangan pada saluran hempedu, dan metastasis sel kanser pada hati (liver metastasize)

ERCP (Endoscopic Retrograde Cholangio Pancreatography) perlu dilakukan untuk membolehkan bahan kontras dimasukkan ke dalam salur hempedu (biliary tree) dan pankreas untuk melihat tempat sebenar sumbatan berlaku di dalam saluran tersebut.



Prognosis

Secara purata, pesakit kanser pankreas hanya mempunyai kemungkinan untuk hidup kurang daripada 6 bulan. Individu yang terselamat setelah 5 tahun dikesan menghidap kanser ini hanyalah sebanya 2% daripada keseluruhan pesakit, itupun setelah menjalankan pembedahan Whipple's seperti yang dinyatakan di atas. Walau bagaimanapun, pemerhatian mendapati bahawa, individu yang menghidap kanser pankreas jenis sel Islet (Islet cell tumor) dan kanser ampula (ampullary tumor) mempunyai keputusan yang jauh lebih baik berbanding yang mempunyai kanser jenis ductal (kanser pada saluran pankreas).

Wallahualam..

Tuesday, October 1, 2013

Bersabarlah Wahai Hati



Assalamualaikum..

Catatan Hati : 
Mmm kenapa sejak kebelakangan ni dia banyak berubah? sikap suka memaksa semakin menjadi2..kesabaran yang menebal di dalam diri dia dulu kian hilang kian tipis....kami paham dengan keadaan dia sekarang ni...banyak tekanan..tapi kami juga di sini masih ada hati dan juga perasaan...kami nak 'dia' yang dahulu...ya Allah kembalikan 'dia' yang dahulu kepada kami....dengarlah rintihan kami ini ya Allah...

Bersabarlah wahai hati : 
takperlah kita semua kena paham keadaan dia mcmana..kita kenalah banyak bersabar...walaupun dia semacam tidak sempat memikirkan kita yang punya perasaan tatkala amarah dia melanda..kita mesti bersabar..kita wajib bersabar..walapun kita tak mampu...kita kena paham keadaaan dia yang sekarang ni tidak mampu menempuh tekanan..sabarlah ya sayang..sabar lah walau kita tak mampu...tapi kita boleh buat2 mampu bersabarkan....kita semua kena pikir secara positif...ada seseorang mengatakan 'reverse psychology'....kita doakan semuanya akan bertambah baik..dan terus berdoa agar satu hari Allah mengembalikan 'dia' yang dahulu kepada kita...walau apa pun yang terjadi..kami sayang 'dia'...

Sunday, September 29, 2013

Pertandingan Mewarna UTM

Assalamualaikum..

dari minggu lepas sekolah danish ada bagi borang pertandingan mewarna di UTM....mcm best aje kalo both muzzammils masuk...yelah at least adalah jugak pengalaman kan....so pada hari sabtu mean semalam aaa.... pagi2lah both muzzammils dah bangun dan bersemangat nak masuk contest tu.....kala pensil pun aku dah belikan semalam as persediaan diaorang masuk pertandingan....rm29..perhhh tak perlah as long as diorang happy.

Dalam kul 10 pagi kitaorang bertolak gi UTM...waahh ramai orang yang daftar..yuran penyertaan pun RM2 aje...dah alang2 tu daftarkan si ipan sekali..yelah ngengek jugak nak join contest tu walaupun umur tak cukup...hehehehheheheheehe....





kul 10.30 pagi contest pun start.......budak sebelah danish danish colour punyalah cantik ..kemas aje...yg danish kejap dah penat lah apalah..tapi cun awesome jugak dia mengala....cik ipan tak yah cerita..baru aje kala 1 seluar dah penat...'jari saya dah sakitlah ibu'...kejap2 'ibu nak susu'...hahahhaa apakah itu? tak perlah yg penting both muzzammils dapat pengalaman kan....













kul 12.05 tghari masa pun tamat......so all parents n contestent kena bkumpul di dewan utk majlis penyampaian hadiah....so MC pun umumkan pemenang dari 10-1....sampai no 4 aje MC pun umum..budak sebelah danish yg kala kemas tu dapat no 4..dalam hati for sure lah danish tak dpat........sampailah MC umum no 1 aka juara...sekali pemenangnya WAN DANISH MUZZAMMIL...waaaaaaa..alhamdulillah...x sangka u ..anak kita menang....danish pun cakap 'haaaaa kan saya dah cakap saya menang ibu.....'soronok sangat dia...adik dia yg tak memnag pun rasa mcm menang jugak....alhamdulillah sekali lagi..penyertaan pertama kali danish dapat juara...insyallah kalo ada pertandingan mcm ni lagi bolehlah both muzzammils join..












JJCM Edwards Urban Fish & Chips

 Assalamualaikum.. Hujung minggu hari tu lepas solat jumaat Kak Ngah, En Suami ngan anak2 pi JJCM kat area Iskandar Puteri...tekak teringin ...