Assalamualaikum
Wah ni betul2 entri yang terperam lama ni...almost 2 tahun...hehe..yg pasti entri ni memang x der dalam blog ni..hehehe..ok actually kali ni ke Bandung atas urusan kerja.... bawa rombongan cik dckey melawat kota bandung....selalu ke Bandung cuti2 malaysia..tapi kali ni semua atas urusan kerja.. Thanks to Pak Dani dan Buk Temmy bagi servis yang terbaik utk trip kali ni... banyak juga halangan nak mengadakan trip kali ni...urusan melibatkan orang besar2ni..sakit juga kepala..nasib baik dani memahami..ntah berapa kali tukar planning, tarikh dgn tiket flight yang burn..bukan 1 tapi banyak tiket melibatkan VVIP....huhu boleh nangis tepi bucu katil rasanya kalo ingat balik..hehehe
Oklah..kali ni flight JB-Jakarta...x der direct flight ke Bandung..nak tak nak memang kena tempuh jem dari Jakarta ke Bandung....Tambah lagi diorang kat sana tengah buat Lane LRT dari Jakarta ke Bandung ke atau ntah sampai mana..... tak taulah dah siap ke belum ni kan..... tu yg tambah2 jem.......kena pulak ada yg lupa amik ubat..dah bhenti tepi hway..cian diaaa..siap pakej muntah+mengigil ..dah risau manalah kat hway ni ada rumah sakit...... doa banyak2 masa tu agar dipermudahkan urusan masa tu..alhamdulillah almost 3 hours atas jalan, sampai jugak kat bandung...x salah masa tu dah jam 10 malam rasanya....yelah kita sambung esok pagi ajelahkan.. Kira random ajelah berkenaan iternari tu...dah x ingat dah susunannya:
Hari Pertama :
- Perjalanan bermula pada jam 5.00 petang di mana para peserta berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai bagi urusan bagasi dan imigeresen.
- Tepat jam 7.00 malam kami berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai ke Jakarta di mana tempoh penerbangan mengambil masa selama 1 jam 50 minit. Lebih kurang dalam jam 8.50 malam WIB (GMT+7) kami selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta.
- Kedatangan kami disambut oleh agen pelancongan di sana iaitu En Dani Ahmad atau lebih mesra dipanggil “Pak Dani”. Kami terus di bawa ke Restoren Simpang Raya untuk makan malam di mana restoren ini menghidangkan pelbagai jenis masakan padang.
- Selesai menikmati makanan tempatan disana, kami meneruskan perjalanan ke Bandung dengan menaiki Van dengan kapasiti 18 orang. Perjalanan dari Jakarta ke Bandung mengambil masa lebih kurang 3 jam 56 minit melalui Lebuhraya Jakarta-Cikampek-Cipularang. Kami telah dimaklumkan dengan lebih awal mengenai kesesakan lalulintas yang bakal kami tempuhi kerana pada jam 10.00 mlm WIB sehingga 5.00pagi WIB, sebahagian lorong akan ditutup bagi memberi laluan kerja-kerja pembinaan LRT yang dijangka siap pada 2023.
- Akhirnya setelah menempuhi lebih kurang 4 jam perjalanan, kami sampai ke Kota Bandung pada jam 4.00 pagi WIB dan terus menuju ke Hotel Regata Jalan Setiabudi. Kami terpegun dengan rekabentuk dalaman hotel 4 bintang ini yang dihiasi dengan lukisan dinding serta hiasan dalamannya. Esok kami akan berkumpul jam 10.00 pagi WIB untuk menjelajah Kota Bandung.
- Setelah bersarapan di hotel, kami semua berkumpul di lobi hotel untuk memulakan pengembaraan kami di Kota Bandung.
- Kami di bawa ke kawasan pemerintahan Kota Bandung di mana disinilah terletaknya Pejabat Wali Kota (Datuk Bandar) Kota Bandung. Oded M Danial merupakan Wali Kota Bandung yang baru di lantik pada 20 September 2018. Beliau menggantikan Ridwan Kamil yang kini menjawat jawatan sebagai Gabenor Jawa Barat.
- Seterusnya kami mengunjungi Taman Balai Kota yang terletak bersebelahan dengan pejabat wali kota. Taman ini merupakan ‘lung of the city’ yang meliputi beberapa taman mini iaitu :Taman Badak,,Taman Dewi Sartika, Taman Labirin danTaman Sejarah
- Dalam banyak-banyak taman ni..Taman Labirin yang paling menarik perhatian...sebab.......taman ni macam maze.. Taman yang terletak berdahapan dengan Balai Kota Bandung ini hanya memiliki empat jalur masuk dengan rerumputan yang ditanam di tempat tinggi dan menghalangi pandangan. Jalan yang terletak di antara labirin memiliki kelebaran setengah meter dan berlantai granit. Di tengah-tengah taman ini terdapat dua pokok hujan-hujan yang berusia lebih ratusan tahun iaitu sejak zaman Belanda memerintah. Taman inilah yang digelar ‘lung of the city’.
- Bayangkan sebatang pokok hujan-hujan yang besar yg lebih 100 tahun usia dia berada di tengah2 taman....dikelilingi dengan tembok2 yang dibuat berpusing2 dikeliling pokok tu..kalo tengok tembok tu kat gambar atas tu memang tinggi giler...rasanya dalam 8-10 kaki......
- Selain dari taman Labirin memang syok kat tengah2 kota bandung ni..banyak taman yg bermanfaat untuk diexplore
- Setelah puas menikmati permandangan dan keindahan taman-taman di Balai Kota, seterusnya kami mengunjungi Bandung Planning Gallery (BPG) yang terletak bersebelahan dengan Balai Kota. BPG dibuka dari setiap hari Isnin hingga Sabtu iaitu pada jam 9.00 pagi WIB sehingga 4.00 ptg WIB. Tiada bayaran dikenakan untuk memasuki BPG ini. Wakil dari Bandung Planning Gallery memberi penerangan kepada ahli rombongan tentang bagaimana Bandung pada masa lalu, meliputi kewujudan dataran Bandung dari danau purba sehingga berdirinya Kota Bandung, perkembangan pembangunan Kota Bandung pada masa ini dan pencapaiannya, program-program di Kota Bandung, dan Kota Bandung di masa hadapan. Melalui teknologi virtual reality, pengunjung boleh mengalami sendiri secara virtual, visi Bandung sebagai Smart City dan Urban Mobility menjelang tahun 2031.
ok kita sambung lain kali
No comments:
Post a Comment