Wednesday, December 11, 2013

Persiapan Both Muzzammils Sekolah Rendah/Agama n Tadika

Assalamualaikum...

Wah kejap aje dah nak ujung tahun kan...nanti 2014 menjelma automatiknya both Muzzammils pun dah start belajar. Dan yg terlebih excited sebenarnya mak ngan ayahnyer ni..almaklum teruja menyediakan Wang dan segala kelengkapan untuk both muzzammils ni...Ok Wan Danish tahun depan dan mula sekolah darjah satu dan sekolah agama.  Kesian dia masa ambil ujian LINUS hari tu..boleh muntah2 dan demam..sangat2 tak sihat tapi gagah jugak nak ambil ujian dan buat pendaftaran masa tu..

Jadinya if result ujian dia menempatkan dia kelas yang last ibu terima..memang sebab dia sangat x bermaya. takper next time buat yang terbaik. Nanti danish sekolah di SK Pulai Perdana..dekat angat ngan rumah ngan kedai.   Tapi bab sekolah agama tu nampaknya kena amik transportlah jawabnya.. danish punya sekolah agama kat Taman Sri Pulai....sebab kat taman perumahan sini lum ada sekolah agama...

ok untuk Wan Irfan pula...walaupun dia baru 4 tahun, nampaknya tahun depan kena jugak pi tadika .  Ala tak lah jauh mana pun tadika dia..sebelah tangga aje tempat taska dia..dia belajar kat Tadika Smart Reader caw Pulai Perdana..sebelah blok kedai kitaorng jugak...hehehhehehe.

Senarai Kelengkapan Wan Danish : (ni utk note aku jugak)
  1. Baju sekolah rendah 4 pasang (baju+seluar)
  2. Baju Sek Agama 3 helai ( cik deeba jahitkan sebab size x matching ngan badan danish...baju leh pakai seua tak leh lak..last2 tempah lah ngan cik deeba)
  3. stokin 4 pasang
  4. kasut 2 pasang
  5. songkok
  6. sampin sekolah agama
  7. tali leher (sekolah dah kasi)
  8. sapu tangan
  9. botoi air ngan bekal
  10. seluar sukan ngan baju sukan (belum beli pun..eh ke sekolah dah sediakan?)
  11. beg sekolah rendah dan agama
  12. Peralatan sekolah
Senarai Kelengkapan Wan Irfan
  1. Baju tadika (sekolah sediakan.)
  2. Peralatan sekolah 
  3. beg sekolah
  4. stokin (hahah dia x suka pakai sokin..geli katanya)
  5. kasut (selipar pun leh aa dik)
  6. apa tah lagi..tu jer lah kottt
Senarai Perbelanjaan Both Muzzammils
  1. Yuran pendaftaran sekolah Rendah  = rm130 kot
  2. Yuran peralatan+buku latihan sekolah = rm60
  3. yuran sekolah agama = rm150
  4. fee transit + transport danish = rm180
  5. yuran pendaftran tadika irfan = rm1200
  6. fee tadika = rm130
  7. fee transit irfan = rm270
  8. barangan keperluan sekolah = rm400  
  9. TOTAL = rm2,500 .......
  10. TOTAL MONTHLY FEE = RM580 every month
Perhhh...nama nak naik sekolah aja busuk2 pun kena ada rm3k.....glupppp....aaaa napa late;y semua barang naikkkkk...

No comments:

Aktiviti Baru Both Muzzmmils Bila Balik Rumah Nenek

 Assalamualaikum!!!! Wah cuti panjang kita masa raya depevali baru2 ni kan. Kak Ngah amik cuti rabu lepas..jadi samalah ngan cuti both Muzza...