Monday, December 16, 2013

About Kuala Krai

Assalamualaikum...

Sebenarnya dah lama nak buat entri ini.... memandang pada suatu ketika dahulu (cehh..mcm la lama sangat) dalam tahun 2010, aku berpeluang membuat sektor pelancongan untuk  perancangan bagi Rancangan Tempatan Jajahan Kuala Krai (RTJKK).  Sapa2 budak planing well know sangat pasal RTD ni..tapi disebabkan buat kat Negeri Kelantan kenalah tukar dari Daerah ke Jajahan.

sebenarnya eh berapa banyak sebenarnya lah....aku bukan buat utk sektor pelancongan sahaja, perniagaan, perindustrian, asas ekonomi dan pertanian jugak aku cover..so dah rasa dekat sangatlah Jajahan Kuala Krai di hati aku... i love the people, their food and everthinglah...oh one more thing about their night market..banyak yg kita tak tahu pasal Kuala Krai ni....

Jajahan Kuala Krai boleh diakses by car and train of course....kalo naik kereta tu leh dari Gua Musang dan Kota Bahru melalui Machang or Tanah Merah.


ha.. ni map Jajahan Kuala Krai..terbahagi kepada 3 daerah utama iaitu Batu Mengkebang, Olak Jeram dan Dabong.  Luas ok...kalau dari Bandar Kuala Krai ke Dabong take 2 hours dan kena pastikan kalo korang di Dabong make sure 5 ptg korang dah bertolak balik ke Bandar Kuala Krai.......bukan apa suasana perjalanan tu memang melalui kawasan hutan..gelap..x biasa bagi orang luar......tapi seronok... ok kalo naik train dari JB ..ada 2 stesen utama iaitu Dabong dan Kuala Krai..dua2 tempat ni mempunyai keistimewaa sendiri...mm kita fokus on produk pelancongan aje yek....kalo ada yg lain2 aku tambah kendian...


Berikut merupakan Senarai Produk Tarikan Pelancongan Jajahan Kuala Krai

1) Pelancongan Ekologi

  • Taman Negeri Gunung Stong /Air Terjun Jelawang
  • Air Terjun Lata Kertas
  • Air Terjun Lata Berangin
  • Gua Ikan
2) Pelancongan Sukan dan Rekreasi
  • Taman Tasik Kuala Krai
  • Taman Burung Kuala Krai/Mini Zoo
3) Pelancongan Adat, Sosio Budaya, Masyarakat, Sejarah dan Pelancongan Bandar
  • Tembikar  Mambong
  • Tangga Bradley/Krai
  • Jambatan Sultan Ismail/Gertak Gantung
  • Sekolah Pondok Sungai Durian
  • Kampung Lemang
  • Stesen Keretapi Kuala Krai
  • Stesen Keretapi Dabong
Antara produk-pelancongan di Jajahan Kuala Krai :-

a) TAMAN NEGARA GUNUNG STONG
  • Taman Negeri Stong telah diwartakan sebagai Taman Negeri pada 2 Jun 2004 terletak dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Stong Tengah seluas 21,950 hektar.
  • Gunung Stong mempunyai ketinggian 1433 meter dan kaya dengan hidupan flora dan fauna serta gunung batu kapur yang berusia berjuta-juta tahun lamanya merupakan tarikan utama di dalam taman negeri ini.
  • Selain itu, terdapat Air Terjun Jelawang setinggi tujuh tingkat yang mencecah ketinggian 300 meter dan diiktiraf sebagai antara air terjun tertinggi di Malaysia dan ketiga tertinggi di  Asia Tenggara.
  • Terdapat sebuah chalet iaitu Gunung Stong State Park Resort yang berada di kaki Air Terjun Jelawang. Resort ini menawarkan kemudahan chalet, bilik mesyuarat, surau serta tandas. Pendaki boleh melaporkan diri di sini sebelum memulakan pendakian.
  • Disini juga terdapat tapak perkhemahan yang dikenali sebagai ‘Baha Camp Site’ untuk pendaki-pendaki dan pencinta alam semulajadi bermalam sambil menikmati keindahan alam pergunungan yang penuh dengan flora dan fauna.

b) Air Terjun Lata Kertas
  • Terletak di Daerah Dabong. Kawasan ini mempunyai kemudahan tempat berkelah dan kemudahan-kemudahan sokongan seperti wakaf, jambatan gantung, laluan pejalan kaki, tandas awam, surau dan juga sebuah kedai. 
  • Kawasan ini sesuai untuk aktiviti beriadah  dan bermandi manda kerana Air Terjun Lata Kertas menyajikan kepuasannya yang tersendiri.  

c) Air Terjun Lata Rek
  • Air Terjun Lata Rek terletak berhampiran dengan Pekan Laloh iaitu lebih kurang 20km dari Bandar Kuala Krai
  • Merupakan salah satu tarikan rekreasi yang popular di Kuala Krai.
  • Menjadi tumpuan penduduk tempatan dan pengguna Lebuhraya Gua Musang-Kuala krai  untuk melakukan aktiviti-aktiviti rekreasi seperti berkelah, mandi-manda, berehat dan sebagainya lagi.Lata Rek digemari oleh pengunjung kerana mempunyai kedalaman air yang cetek dan bersih, sesuai untuk kanak-kanak mandi-manda.
  •  Kemudahan-kemudahan asas juga tersedia untuk keselesaan para pengunjung antaranya Tandas Awam, dua unit gerai majlis dan tempat letak Kenderaan
             Sambung Part 2..

No comments:

Aktiviti Baru Both Muzzmmils Bila Balik Rumah Nenek

 Assalamualaikum!!!! Wah cuti panjang kita masa raya depevali baru2 ni kan. Kak Ngah amik cuti rabu lepas..jadi samalah ngan cuti both Muzza...