Assalamualaikum..
Alhamdulillah ..ari tu pernah bgtau pasal danish ada memang hadiah dari contest STABILO kan....actually hadiah tu dah seminggu terperap kat office. tak berkesempatan nak amik kat office coz masalah kesihatan yang terganggu..tu lain cerita ya...
punyalah besar kotak dari stabilo tu..hehehe suspend jerrr...dalam kotak ada kotak...total hadiah bernilai rm600. Ini termasuk :
a) Stok Kala Pensil 3 kotak setiap set utk 6 bulan
b) sijil Penghargaan
c) 2 keping tiket kidzania
d) drawing yg menang ari tu stabilo canvaskan...cantikkk
dah start agih2kan pun colour pencil tu..yelah sebab banyakkan...rezeki kenalah di kongsi bersama..moga berkat..aminnnn....
Saturday, February 15, 2014
Wednesday, January 1, 2014
Pendaftaran Tahun 1 - SA Taman Sri Pulai & SK Pulai Perdana 2014
Assalamualaikum
Semalam 1/1/2014 bermulah sesi pendaftaran bagi Wan Danish Muzzammil (WDM). aku amik cuti sempena nak uruskan persekolahan danish ni...Memang kelam kabut jugak...mak nyer aje yg kelam kabut..yelah 1st time anak sekolah kan..pulaknya abg ni dalam hati ada taman.....hehehehehehe.. mula2 WDM daftar sekolah agama dulu pastu baru sekolah kebangsaan.
Sek Agama Taman Sri Pulai
- Abg daftar untuk pertama kalinya di SA ni. dia dapat sesi ke2 iaitu dari jam 10.30 pagi-12.00tgh....kelam kabut jugaklah sebab sek keb lak dari kul 1.00tgh-6.15ptg.
- jam 10.30pg abg dah berkumpul ngan kawan2 dari Taman Sri Pulai Perdana. Sekelas ngan anak zill n nizam..oklah tu ada kawan jugakkan
- Abg masuk kelas As-salam...dah yg bestnya Ustazah yang mengajar danish ni rupa2nya bini kawan aku sendiri..hubby dia 1 kelas ngan aku masa aku amik Town Planning kat Uitm Perak dulu....
- Hahahah teringat lak semalam...masa perhimpunan semalam...ada 3 kelas actually..kelas ke3 tu dapat Ustaz..hahaha ustaz tu tegas jugak orangnya...'ha...saya ni ustaz garang tau...(sambil buat muka duck face)...murid kelas tu dah kecut dah...'ni baca ni..nampak tak tulis apa? apa? tak tahu?......senyap aje masa tu..parents kat belakang dah senyum simpul dah.....hahhahaha ada jugak kang student yg tak mo datang esok...agaknya kalo danish dah mengiggil ni...hehehehehhe
- Masa sesi orentasi berjalan aku balik jap kat kedai dobi..prepare baju utk danish pi sek keb lak
- jam 11.50pg amik danish semula
- Hampir terlupa...maybe budak2 yg sek kat SA sini yg tinggal kat Taman pulai Perdana ni berkemungkinan dalam masa seminggu lagi akan berpindah di SA Taman Pulai Perdana sendiri.....ni termasuk danish lah...so doakanlah bersama2 agar cepat2 pindah..so dgn harapan sesi tu bertukarlah dari 8.30pg-10.00pg..adalah jugak gap nak ke sek keb nanti.
Sek Keb Taman Sri Pulai Perdana
- Balik dari SA, cepat2 abg makan tghari..almaklum gap tak lama..dan selesai terus pakai baju SK
- yg kelakar masa pakai tie, baju tu abg tak kasi kancing sampai atas...nak tercekik katanya.....kolar baju pun masih keras lagi..cian abang...dah tie tak leh pakai kemas..tak pelah bang janji abg selesa
- sampai aje kat sk , terus cek nama abang..alhamdulillah abang dapat class 1 : 1 cekap...dan tambah seronok sebab satu class ngan anak zill n jiran sebelah rumah.....tpinyer dua2 popmpuan...sure abang segan
- kitaorng teman sampai lah kena halau ngan cikgu kelas..wakakaakakkaka..mak pak yg excited nak tgk anak masuk kelas.....
- kelas abang ni kena pulak bukak kasut..dah menjajo mak ayah cari pen nak tulis nama kat kasut..tmasuk aku
- bekalkan abang rm2..balik rumah bawak baki rm0.20 aje..abg beli apa? dia cakap eli roti seketul harga rm0.70..pastu napa cuma ada baki rm0.20 aje? ntahlahhh jwbnyaaaaa...alahai anakk
yg pasti balik sekolah dia happy...dah tak sabar2 nak sekolah ke esokannya..alhamdulillah..semoga berterusan menjadi anak yg cemerlang , terbilang dan gemilang..eh mcm kena aje ayat ni..hahahhahah
Tuesday, December 31, 2013
Alhamdulillah..Penutup 2013
Assalamualaikum...
Alhamdulillah..rezeki penghujung 2013....rezeki Allah nak bagi kan... sebenarnya tak delah masuk pertandingan apa sangat..sekadar mencuba.. dan akhirnya rezeki memihak kepada kita
Alhamdulillah..rezeki penghujung 2013....rezeki Allah nak bagi kan... sebenarnya tak delah masuk pertandingan apa sangat..sekadar mencuba.. dan akhirnya rezeki memihak kepada kita
a) Pertandingan Stabilo - menang dapat untuk minggu ke2
b) Menang voucher dari Nestle
c) Memang Gambar raya by MAY
Tuesday, December 17, 2013
Resepi Bake Rice
Assalam
Wah class mak jemah buat bake rice gitu..hahahahhahaha over tu..padahal masak nasi goreng cina aje..hahaha....buka peti sejuk nampak ada cheese..apa lagi terbayang2 bake rice kat pizza hut..hehehehe..
Bahan-bahan
- Nasi goreng bubuhlah ayam ker udang ker tak kisah ...nak buat nasi goreng kampung pun boleh
- cheese parut
- sos carbonara..aku guna prego
ha dah lengkap bahan2 nyer..ko letaklah dlm bekas..aku buat layer..meaning nasi+sos prego+cheese+nasi+sos prego+cheese...ha...sedap tuuu...dah siap layer bako dalam oven 15 minit suhu 170d......wahhh semerbak harum kasturi jemah
licinnnnnn!!!
Keindahan Air Terjun Lata Rek dan Gunung Stong
Air Terjun Lata Rek..subhanallah
Permandangan dari Gunung Stong
| Air Terjun Gunung Stong |
| Subahanallah |
| View dari Air Terjun Gunung Stong - Pekan Dabong |
Kelihatan sekumpulan pelajar dari Kota Singa bersiap sedia untuk mengeksplorasi Gunung Stong. Mereka akan berkhemah semalaman di Puncak Gunung Stong. Dari singapura menaiki keretapi bhenti di Stesen Dabong - bermalam di Gunung Stong - dah menaiki keretapi semula ...sayangkan..sekiranya ada pakej pelancongan +homestay+aktiviti penduduk setempat insyallah kawasan ini berpotensi menjadi destinasi pelancongan di Malaysia
Monday, December 16, 2013
About Kuala Krai Part 2
d) GUA IKAN - GUA GELAP/GUA KERIS
e) TEMBIKAR MAMBON
- Merupakan tarikan rekreasi alam semulajadi dan rangkaian gua-gua yang terkenal di Kuala Krai. Terletak kira-kira 95 km dari Kuala Krai dan 7 km dari Dabong.
- Gua Ikan di perolehi ekoran daripada terdapatnya batu yang kelihatan seperti ikan. Di percayai, terdapat peninggalan harta karun yang di sembunyikan oleh pihak tentera Jepun yang masih tidak di jumpai sehingga kini
- Di antara aktiviti yang menarik ialah menikmati keindahan flora dan fauna, mandi-manda, rekreasi dan perkelahan.
- Di antara kemudahan yang disediakan di sekitar Gua Ikan ini ialah Dewan, Surau, Tempat Permainan Kanak-kanak, gerai makanan, tandas, tempat letak kenderaan dan papan tanda.
- Walau bagaimanapun, terdapat beberapa masalah sosial di kalangan remaja dan kesan vandalisme ke atas gua ikan ini. Pemantauan yang berterusan perlu dijalankan bagi mengatasi masalah ini.
- Terdapat gua-gua yang menarik di sekitar kawasan ini antaranya Gua Keris dan Gua Gelap direntangi oleh anak sungai yang jernih.
- Untuk sampai ke Gua Keris, pengunjung perlu melalui Gua Gelap yang agak sukar kerana hanya boleh dimasuki dengan berjalan mengiring dan kemudian merebahkan badan secara melentang sejauh kira-kira 20 meter untuk melepasi pintu gua yang rendah dan sempit.
- Gua Gelap atau dikenali sebagai Gua Batu Susun juga memperoleh nama daripada pelbagai bentuk batu yang tersusun rapi di sepanjang laluannya. Stalaktit dan stalagmit yang terbentuk hasil daripada titisan dan hakisan air ribuan tahun dahulu, bersinar apabila disuluh.
- Di Gua Keris pula, pengunjung perlu memanjat batu yang agak licin dan sebaik tiba di dalamnya kelihatan 'sebilah keris' yang terbentuk hasil cantuman stalaktit dan stalagmit. Gua berkenaan yang luas dan lantai yang agak mendatar dikatakan pernah didiami oleh manusia dahulu kala. Satu kawasan lapang di dalamnya dikatakan pernah digunakan sebagai tempat berlatih silat.
e) TEMBIKAR MAMBON
- Kampung Mambong yang terletak diseberang Sungai Galas di daerah Kuala Krai merupakan sebuahperkampungan kecil yang menjalankan perusahaan seramik.
- Kampung ini yang juga dikenali sebagai tempat “Seramik Mambong” memakan masa selama 45 minit dari Tangga Krai untuk ke sana dengan menaiki bot serta tambangnya amat berpatutan.
- Perusahaan yang diasaskan oleh Tuk Bare dan diusahakan oleh Cikgu Ramli adalah merupakan perusahaan turun temurun.
- Antara Jenis-jenis seramik yang telah dihasilkan adalah pasu hiasan , buyung,belanga dan lain-lain lagi.
- Terdapat 7 peringkat harus dilalui untuk menghasilkan sebiji seramik.
- Antara peringkat-peringkat tersebut adalah mesin tanah (tanah sungai),tapis tanah,ikat acuan,tuang acuan,keringkan acuan,clear dan bakar
- Jenis-jenis seramik yang telah dihasilkan adalah pasu hiasan,buyung,belanga dan lain-lain lagi.Perusahaan ini telah diubahsuai pada tahun 1990 dan kekal sehingga sekarang
- Kawasan perusahaan ini sering dikunjungi oleh pelajar-pelajar dari UiTM bagi mempelajari seni halus membuat tembikar. Walau bagaimanapun kawasan ini memerlukan penambahbaikkan kerana potensinya yang tinggi di dalam sektor pelancongan.
About Kuala Krai
Assalamualaikum...
Sebenarnya dah lama nak buat entri ini.... memandang pada suatu ketika dahulu (cehh..mcm la lama sangat) dalam tahun 2010, aku berpeluang membuat sektor pelancongan untuk perancangan bagi Rancangan Tempatan Jajahan Kuala Krai (RTJKK). Sapa2 budak planing well know sangat pasal RTD ni..tapi disebabkan buat kat Negeri Kelantan kenalah tukar dari Daerah ke Jajahan.
sebenarnya eh berapa banyak sebenarnya lah....aku bukan buat utk sektor pelancongan sahaja, perniagaan, perindustrian, asas ekonomi dan pertanian jugak aku cover..so dah rasa dekat sangatlah Jajahan Kuala Krai di hati aku... i love the people, their food and everthinglah...oh one more thing about their night market..banyak yg kita tak tahu pasal Kuala Krai ni....
Jajahan Kuala Krai boleh diakses by car and train of course....kalo naik kereta tu leh dari Gua Musang dan Kota Bahru melalui Machang or Tanah Merah.
ha.. ni map Jajahan Kuala Krai..terbahagi kepada 3 daerah utama iaitu Batu Mengkebang, Olak Jeram dan Dabong. Luas ok...kalau dari Bandar Kuala Krai ke Dabong take 2 hours dan kena pastikan kalo korang di Dabong make sure 5 ptg korang dah bertolak balik ke Bandar Kuala Krai.......bukan apa suasana perjalanan tu memang melalui kawasan hutan..gelap..x biasa bagi orang luar......tapi seronok... ok kalo naik train dari JB ..ada 2 stesen utama iaitu Dabong dan Kuala Krai..dua2 tempat ni mempunyai keistimewaa sendiri...mm kita fokus on produk pelancongan aje yek....kalo ada yg lain2 aku tambah kendian...
a) TAMAN NEGARA GUNUNG STONG
Berikut merupakan Senarai Produk Tarikan Pelancongan Jajahan Kuala Krai
1) Pelancongan Ekologi
1) Pelancongan Ekologi
- Taman Negeri Gunung Stong /Air Terjun Jelawang
- Air Terjun Lata Kertas
- Air Terjun Lata Berangin
- Gua Ikan
- Taman Tasik Kuala Krai
- Taman Burung Kuala Krai/Mini Zoo
- Tembikar Mambong
- Tangga Bradley/Krai
- Jambatan Sultan Ismail/Gertak Gantung
- Sekolah Pondok Sungai Durian
- Kampung Lemang
- Stesen Keretapi Kuala Krai
- Stesen Keretapi Dabong
a) TAMAN NEGARA GUNUNG STONG
- Taman Negeri Stong telah diwartakan sebagai Taman Negeri pada 2 Jun 2004 terletak dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Stong Tengah seluas 21,950 hektar.
- Gunung Stong mempunyai ketinggian 1433 meter dan kaya dengan hidupan flora dan fauna serta gunung batu kapur yang berusia berjuta-juta tahun lamanya merupakan tarikan utama di dalam taman negeri ini.
- Selain itu, terdapat Air Terjun Jelawang setinggi tujuh tingkat yang mencecah ketinggian 300 meter dan diiktiraf sebagai antara air terjun tertinggi di Malaysia dan ketiga tertinggi di Asia Tenggara.
- Terdapat sebuah chalet iaitu Gunung Stong State Park Resort yang berada di kaki Air Terjun Jelawang. Resort ini menawarkan kemudahan chalet, bilik mesyuarat, surau serta tandas. Pendaki boleh melaporkan diri di sini sebelum memulakan pendakian.
- Disini juga terdapat tapak perkhemahan yang dikenali sebagai ‘Baha Camp Site’ untuk pendaki-pendaki dan pencinta alam semulajadi bermalam sambil menikmati keindahan alam pergunungan yang penuh dengan flora dan fauna.
b) Air Terjun Lata Kertas
- Terletak di Daerah Dabong. Kawasan ini mempunyai kemudahan tempat berkelah dan kemudahan-kemudahan sokongan seperti wakaf, jambatan gantung, laluan pejalan kaki, tandas awam, surau dan juga sebuah kedai.
- Kawasan ini sesuai untuk aktiviti beriadah dan bermandi manda kerana Air Terjun Lata Kertas menyajikan kepuasannya yang tersendiri.
c) Air Terjun Lata Rek
- Air Terjun Lata Rek terletak berhampiran dengan Pekan Laloh iaitu lebih kurang 20km dari Bandar Kuala Krai
- Merupakan salah satu tarikan rekreasi yang popular di Kuala Krai.
- Menjadi tumpuan penduduk tempatan dan pengguna Lebuhraya Gua Musang-Kuala krai untuk melakukan aktiviti-aktiviti rekreasi seperti berkelah, mandi-manda, berehat dan sebagainya lagi.Lata Rek digemari oleh pengunjung kerana mempunyai kedalaman air yang cetek dan bersih, sesuai untuk kanak-kanak mandi-manda.
- Kemudahan-kemudahan asas juga tersedia untuk keselesaan para pengunjung antaranya Tandas Awam, dua unit gerai majlis dan tempat letak Kenderaan
Subscribe to:
Posts (Atom)
Johor Mengundi 11 Julai 2026
Assalamualaikum.... Hari Sabtu lepas Kak Ngah balik kg utk mengundi.. En suami settelkan mengundi kat Pulai Perdana pagi tu. Awal2 dia dah ...
-
Assalamualaikum... Semalam En Suami kata nak makan nasi petang lepas Kak Ngah balik kerja... Kak Ngah lak x mo makan nasi...nak makan suhun...
-
Assalamualaikum... Wah dah lama betul Kak Ngah tak menulis dalam blog ni kan... Sejak kebelakangan ni memang bz giler..setiap minggu ada aje...
-
Assalamualaikum.. Selamat berpuasa semuaaa... Eh org dah nak raya pun kan.. Kak Ngah baru nak wish selamat berpuasa..hehehe. Sepanjang rama...









































