Monday, October 28, 2013

Kanser Pankreas



Assalamualaikum..

Untuk makluman semua reader, ayah mertua dckey sekarang ni disahkan menghadapi kanser pankreas... dari awal dia kena jaundice sampailah sekarang ni berat badanya terus drop. All the simptom2 yang dinyatakan memang ada pada ayah . Sedih rasanya melihat keadaan ayah yang menderita kanser ini.  Apapun kita doakan yang terbaik untuk ayah terus mendapat kesihatan dari Allah SWT. 


Jom kita kenali kanser pankereas ini.


Sumber: Blog Kesihatan


Pankreas adalah organ yang berbentuk bujur yang terdapat di tengah kawasan atas perut. Kanser pada pankreas adalah hasil pada perubahan sel yang berbahaya, selalunya pada kepala kelenjar.

Kanser merebak dari kelenjar limfa ke hati, paru-paru dan peritonium. Lelaki mempunyai risiko yang tinggi mendapat kanser pankreas berbanding wanita (2:1). Purata umur bagi kanser pankreas ialah 65 tahun.

Apakah Simptom bagi Kanser Pankreas

- Jaundis (sakit kuning) ialah simptom yang paling biasa ditemui kerana bilirubin,bahan kegagalan sel darah yang rosak,berkumpul di dalam darah. Air kencing yang berwarna kuning pekat, kulit kuning, mata kuning, najis berwarna pucat dan gatal badan.

- Selain dari itu pesakit akan berkurangan berat badan, rasa mual;- rasa keletihan dan sakit yang menyusuk dalam perut. 


Apakah gejala-gejala kanser pankreas?

 Kerana tanda-tanda awal adalah sangat ‘senyap’, kanser pankreas dikesan biasanya hanya di peringkat akhir.

Gejala-gejala pertama termasuk hilang selera, kejijikan makanan dan kehilangan berat badan, walaupun gejala-gejala ini mungkin disebabkan oleh faktor-faktor lain.

Gejala-gejala lain yang mungkin kelihatan termasuk keletihan, demam kuning, muntah dan cirit-birit. Sakit perut juga boleh hadir.

Rasa seperti tusukan yang sangat mendalam, sakit di bahagian atas perut, sehingga ke belakang, mungkin berpunca daripada pankreas, walaupun kesakitan itu disebabkan oleh terdapatnya banyak bernigna.

Ujian Kanser pankreas 

Ujian darah perlu dijalankan untuk mengenal pasti samada paras bilirubin yang menyebabkan kekuningan adalah meningkat, jenis bilirubin yang terlibat (conjugated-, nonconjugated-, uro- bilirubin)

Imaging: Ultrasound atau CT scan perlu dilakukan untuk melihat sendiri jenis jisim yang terbentuk pada bahagian abdomen tersebut dan lokalisasi sebenar jisim tersebut untuk memastikan organ yang mana satu yang terlibat.

Antara yang boleh dilihat dalam penghidap kanser pankreas ialah jisim pada pankreas, pengembangan pada saluran hempedu, dan metastasis sel kanser pada hati (liver metastasize)

ERCP (Endoscopic Retrograde Cholangio Pancreatography) perlu dilakukan untuk membolehkan bahan kontras dimasukkan ke dalam salur hempedu (biliary tree) dan pankreas untuk melihat tempat sebenar sumbatan berlaku di dalam saluran tersebut.



Prognosis

Secara purata, pesakit kanser pankreas hanya mempunyai kemungkinan untuk hidup kurang daripada 6 bulan. Individu yang terselamat setelah 5 tahun dikesan menghidap kanser ini hanyalah sebanya 2% daripada keseluruhan pesakit, itupun setelah menjalankan pembedahan Whipple's seperti yang dinyatakan di atas. Walau bagaimanapun, pemerhatian mendapati bahawa, individu yang menghidap kanser pankreas jenis sel Islet (Islet cell tumor) dan kanser ampula (ampullary tumor) mempunyai keputusan yang jauh lebih baik berbanding yang mempunyai kanser jenis ductal (kanser pada saluran pankreas).

Wallahualam..

Tuesday, October 1, 2013

Bersabarlah Wahai Hati



Assalamualaikum..

Catatan Hati : 
Mmm kenapa sejak kebelakangan ni dia banyak berubah? sikap suka memaksa semakin menjadi2..kesabaran yang menebal di dalam diri dia dulu kian hilang kian tipis....kami paham dengan keadaan dia sekarang ni...banyak tekanan..tapi kami juga di sini masih ada hati dan juga perasaan...kami nak 'dia' yang dahulu...ya Allah kembalikan 'dia' yang dahulu kepada kami....dengarlah rintihan kami ini ya Allah...

Bersabarlah wahai hati : 
takperlah kita semua kena paham keadaan dia mcmana..kita kenalah banyak bersabar...walaupun dia semacam tidak sempat memikirkan kita yang punya perasaan tatkala amarah dia melanda..kita mesti bersabar..kita wajib bersabar..walapun kita tak mampu...kita kena paham keadaaan dia yang sekarang ni tidak mampu menempuh tekanan..sabarlah ya sayang..sabar lah walau kita tak mampu...tapi kita boleh buat2 mampu bersabarkan....kita semua kena pikir secara positif...ada seseorang mengatakan 'reverse psychology'....kita doakan semuanya akan bertambah baik..dan terus berdoa agar satu hari Allah mengembalikan 'dia' yang dahulu kepada kita...walau apa pun yang terjadi..kami sayang 'dia'...

Sunday, September 29, 2013

Pertandingan Mewarna UTM

Assalamualaikum..

dari minggu lepas sekolah danish ada bagi borang pertandingan mewarna di UTM....mcm best aje kalo both muzzammils masuk...yelah at least adalah jugak pengalaman kan....so pada hari sabtu mean semalam aaa.... pagi2lah both muzzammils dah bangun dan bersemangat nak masuk contest tu.....kala pensil pun aku dah belikan semalam as persediaan diaorang masuk pertandingan....rm29..perhhh tak perlah as long as diorang happy.

Dalam kul 10 pagi kitaorang bertolak gi UTM...waahh ramai orang yang daftar..yuran penyertaan pun RM2 aje...dah alang2 tu daftarkan si ipan sekali..yelah ngengek jugak nak join contest tu walaupun umur tak cukup...hehehehheheheheehe....





kul 10.30 pagi contest pun start.......budak sebelah danish danish colour punyalah cantik ..kemas aje...yg danish kejap dah penat lah apalah..tapi cun awesome jugak dia mengala....cik ipan tak yah cerita..baru aje kala 1 seluar dah penat...'jari saya dah sakitlah ibu'...kejap2 'ibu nak susu'...hahahhaa apakah itu? tak perlah yg penting both muzzammils dapat pengalaman kan....













kul 12.05 tghari masa pun tamat......so all parents n contestent kena bkumpul di dewan utk majlis penyampaian hadiah....so MC pun umumkan pemenang dari 10-1....sampai no 4 aje MC pun umum..budak sebelah danish yg kala kemas tu dapat no 4..dalam hati for sure lah danish tak dpat........sampailah MC umum no 1 aka juara...sekali pemenangnya WAN DANISH MUZZAMMIL...waaaaaaa..alhamdulillah...x sangka u ..anak kita menang....danish pun cakap 'haaaaa kan saya dah cakap saya menang ibu.....'soronok sangat dia...adik dia yg tak memnag pun rasa mcm menang jugak....alhamdulillah sekali lagi..penyertaan pertama kali danish dapat juara...insyallah kalo ada pertandingan mcm ni lagi bolehlah both muzzammils join..












Monday, September 16, 2013

Kek Oren Blander - Mudah

Assalamualaikum
mmm apa kita boleh buat dengan sebiji oren ya? jom kita buat kek oren nak.....tak tau? ishhhh meh baca sini...mudah dan ringkas tau..

Bahan-bahan :
  • 1 biji limau  sunkist- potong dan buangkan putih yg kat tengah2 tu yek serta biji nya sekali..potong 6 ker potong lapan ker..janji boleh dilblander..ha blander ngan kulit2 nyer sekali...x pahit pun ;)
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan minyak jagung
  • 3 biji telur




semua bahan-bahan di atas hendaklah diblander dengan halus ya....
  • 2 cawan tepung naik sendiri ( kalo nak guna tepung gandum boleh jugak tapi campurkan satu sudu serbuk penaik) - ayak ok
ok lepas tu bermulalah sesi mencampur bahan kering dan bahan basah...bahan2 yg dah diblender tu tuang dlm tepung yg dah diayak ek..kacau2 bagi semuanyer sebati tau....pakai sepatula je..kalo der..pakai senduk pun ok jugak....dah siap pun adunan tu ..ok kalo nak lagi cantik, kulit limau tu parut sikit..pastu tabur atas dan campur sikit dalam adunan..


ok sementara panas kan oven tu pada suhu 150 , boleh lengserkan loyang ngan butter/Majerin ..kalo x  lekat kek kita nanti..tak pun pakai baking paper pun ok...dah siap semua bolehlah bakar adunan kita....tak nak letak dlm loyang  pun ok..letak dalam bekas cupcake aje...





Selamat Mencuba

Tips: Oven yg kita guna masing2 berbeza kan...masa nak bakar tu tgklah kesesuaian yek..mcm rumah mak tu..oven dia pakai suhu 120 aje..kalo ikut resepi 170...hehehe pepandailah ya..hahaha 








Murtabak Maggie

Assalamualaikum semua...

Siapa suka makan maggie? hehehe of course lah semua suka makan kan..lelagi time kat asrama kan...kekadang sampai berkotak2 kita wat stok..sampaikan ada yg meniaga maggie kat asrama..hehehehe..oklah cakap pasal maggie ni kaedah masak dia..paling malas pun kita leh rendam ajekan ngan air panas..paling hebat leh tumis2 lada bawang n apa2 bahan lagilah yang logiknya di masukkan....tapi kali ni nak wat kelainan sikit...tak derlah lain mana pun...lainlah bagi tekak both muzzammils tu....ari ni kita wat Murtabak Maggie guna Pemanggang ajaib AVON..hehehehe..senang & ringkas..

Tak der susah mana pun kan...

Ok bahan-bahan  :
  • 3 paket Maggie
  • Telur 2 Biji
  • Serbuk Pasti Sedap
Ha..itu aje bahannya...sikit ya amat..hehehe..ok cara pembuatannya  : Mula2 rebus maggie dulu tanpa mix perencahnya...rebus togel2 aje ..dah lembut maggie nyer...toskan..dalam bekas lain..pecahkan telur..ooo telur ini wajib di basuh dulu ya......ok pecahkan telur, letakkan perencah maggie n sedikit serbuk pasti sedap bai menambah rasa bawang dalam murtabak kita.....pukul sampai telur kembang sikit...dah kembang adunan tu...masukkan maggie yg dah ditoskan dan kacau rata.....haaaaa panaskan pemanggang ajaib AVON dan masukkan campuran adunan tadi...tadaaaaaaaaaaaaa.....api sederhana aje ya..kang hangus lak murtabak kita..terbalik2 kan pemanggang tu...3 minit atas...3 minit bawah...Siap..leh makan ngan sos bagi sapa2 yg suka







Tuesday, September 10, 2013

Alhamdulillah..Rezeki

Assalam...

Hari tu jejalan tgk blog orang lain..tgk eh ada contest la...Ceria Raya Bersama MAY....sekali tgh tarikh tutup...eh sampai tghari aje...apa lagi laju2 pilih gambo n hantar kat FB May....alhamdulillah result dah kua..n terpilih utk menang mingguan..dan dapat voucher shopping RM200...alhamdulillah..tak sangka last minute masuk alhamdulillah memang...

Gambar tu masa raya haji tahun lepas...pink u...n actually kita anto gambo 2..satu pakai baju biru n satu lagi pink....


Sunday, September 8, 2013

Menang RM1K dengan Pinwheels

Siapa nak menang RM1K? meh angkat tangan ramai2.......hihihi..ok kepada kaki2 shopping online terutamanya baju kanak0kanak..meh klik sini PINWHEELS...cantik2 baju nyer oooo..geram..rasanyer nak beli aje semua.... memang berbaloi2 lah sebab sambil korang membeli boleh join contest yang diorang anjurkan....manalah tau rezeki kita memang baucer RM1K kan..boleh tambah koleksi anak2..


Syarat Penyertaan :
  1. korang shopping online minimum sampai RM100
  2. Pastu pakaikan baju kat anak koranglah n amik gambo ngan pose yang paling meletopplah
  3. Pastu korang leh post gambo tu kat ilovepinwheels ..korang kongsi kan..sapa dapat like terbanyak...haaaa leh aa menang....ha manalah tau rezeki aidilfitrikan..
Untuk info lanjut leh klik sini pinwheels dan sini jugak  ilovepinwheels.......meh join jom...
Tarikh Tutup penyertaan dari 15 Ogos 2013 until 8 September 2013


SELAMAT HARI RAYA DAN JANGAN LUPA JOIN CONTEST INI

Lauk Simple Aje...

 Assalamualaikum... Semalam En Suami kata nak makan nasi petang lepas Kak Ngah balik kerja... Kak Ngah lak x mo makan nasi...nak makan suhun...