Monday, October 28, 2013

Kanser Pankreas



Assalamualaikum..

Untuk makluman semua reader, ayah mertua dckey sekarang ni disahkan menghadapi kanser pankreas... dari awal dia kena jaundice sampailah sekarang ni berat badanya terus drop. All the simptom2 yang dinyatakan memang ada pada ayah . Sedih rasanya melihat keadaan ayah yang menderita kanser ini.  Apapun kita doakan yang terbaik untuk ayah terus mendapat kesihatan dari Allah SWT. 


Jom kita kenali kanser pankereas ini.


Sumber: Blog Kesihatan


Pankreas adalah organ yang berbentuk bujur yang terdapat di tengah kawasan atas perut. Kanser pada pankreas adalah hasil pada perubahan sel yang berbahaya, selalunya pada kepala kelenjar.

Kanser merebak dari kelenjar limfa ke hati, paru-paru dan peritonium. Lelaki mempunyai risiko yang tinggi mendapat kanser pankreas berbanding wanita (2:1). Purata umur bagi kanser pankreas ialah 65 tahun.

Apakah Simptom bagi Kanser Pankreas

- Jaundis (sakit kuning) ialah simptom yang paling biasa ditemui kerana bilirubin,bahan kegagalan sel darah yang rosak,berkumpul di dalam darah. Air kencing yang berwarna kuning pekat, kulit kuning, mata kuning, najis berwarna pucat dan gatal badan.

- Selain dari itu pesakit akan berkurangan berat badan, rasa mual;- rasa keletihan dan sakit yang menyusuk dalam perut. 


Apakah gejala-gejala kanser pankreas?

 Kerana tanda-tanda awal adalah sangat ‘senyap’, kanser pankreas dikesan biasanya hanya di peringkat akhir.

Gejala-gejala pertama termasuk hilang selera, kejijikan makanan dan kehilangan berat badan, walaupun gejala-gejala ini mungkin disebabkan oleh faktor-faktor lain.

Gejala-gejala lain yang mungkin kelihatan termasuk keletihan, demam kuning, muntah dan cirit-birit. Sakit perut juga boleh hadir.

Rasa seperti tusukan yang sangat mendalam, sakit di bahagian atas perut, sehingga ke belakang, mungkin berpunca daripada pankreas, walaupun kesakitan itu disebabkan oleh terdapatnya banyak bernigna.

Ujian Kanser pankreas 

Ujian darah perlu dijalankan untuk mengenal pasti samada paras bilirubin yang menyebabkan kekuningan adalah meningkat, jenis bilirubin yang terlibat (conjugated-, nonconjugated-, uro- bilirubin)

Imaging: Ultrasound atau CT scan perlu dilakukan untuk melihat sendiri jenis jisim yang terbentuk pada bahagian abdomen tersebut dan lokalisasi sebenar jisim tersebut untuk memastikan organ yang mana satu yang terlibat.

Antara yang boleh dilihat dalam penghidap kanser pankreas ialah jisim pada pankreas, pengembangan pada saluran hempedu, dan metastasis sel kanser pada hati (liver metastasize)

ERCP (Endoscopic Retrograde Cholangio Pancreatography) perlu dilakukan untuk membolehkan bahan kontras dimasukkan ke dalam salur hempedu (biliary tree) dan pankreas untuk melihat tempat sebenar sumbatan berlaku di dalam saluran tersebut.



Prognosis

Secara purata, pesakit kanser pankreas hanya mempunyai kemungkinan untuk hidup kurang daripada 6 bulan. Individu yang terselamat setelah 5 tahun dikesan menghidap kanser ini hanyalah sebanya 2% daripada keseluruhan pesakit, itupun setelah menjalankan pembedahan Whipple's seperti yang dinyatakan di atas. Walau bagaimanapun, pemerhatian mendapati bahawa, individu yang menghidap kanser pankreas jenis sel Islet (Islet cell tumor) dan kanser ampula (ampullary tumor) mempunyai keputusan yang jauh lebih baik berbanding yang mempunyai kanser jenis ductal (kanser pada saluran pankreas).

Wallahualam..

No comments:

Selamat Hari Lahir Abang!!!

 Assalamualaikum... Alhamdulillah Kak Ngah sempat sambut besday Abg Danish pada 22.03 hari tu..Alkisahnya Kak Ngah outstation sejak 20.3 har...